Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOH: Langkah pengurusan keselamatan perlu diteruskan selepas tempoh pemutus litar

May 09, 2020 | 03:19 PM



BAGI mengurangkan risiko penularan apabila sekatan mula dilonggarkan secara beransur-ansur, semua perniagaan dan individu perlu mematuhi langkah dan meneruskan amalan baik yang akan mengurangkan keperluan berinteraksi secara berpanjangan.



Dalam satu kenyataannya semalam, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata, langkah pengurusan keselamatan yang baik seperti berhubung dalam talian, mengelakkan pertemuan, dan pembasmian kuman di permukaan dan peralatan yang sering digunakan harus diteruskan. 



“Di tempat kerja, para kakitangan harus mengelakkan semua interaksi sosial dengan rakan sekerja mereka, termasuk semasa waktu makan dan rehat ...Amalan kebersihan asas seperti duduk di rumah ketika berasa kurang sihat, dan mengamalkan kebersihan tangan dan peribadi mesti diteruskan, ” kata MOH lagi.



Dalam pada itu, kementerian itu turut berkata perniagaan dan perkhidmatan yang beroperasi perlu menggunakan teknologi SafeEntry untuk mencatat daftar masuk pekerja dan pelawat bagi membantu usaha penjejakan kontak.



Sehingga kini, SafeEntry telah digunakan di lebih 16,000 premis.



“Tanggungjawab sosial sangat penting dalam mengekang penulanran Covid-19. Walaupun langkah-langkah pemutus litar dilonggarkan secara beransur-ansur, kita semua harus terus duduk di rumah sebanyak mungkin, dan mengurangkan pergerakan di luar rumah.



“Setiap individu harus mengekalkan amalan yang baik dan mematuhi langkah jarak yang selamat, dan perniagaan juga harus menerapkan langkah pengurusan yang selamat, agar kita dapat kembali menjalani kegiatan seharian dengan selamat dan secara bertahap dalam kita menamatkan tempoh pemutus litar ini,” kata MOH lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >