Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

MOH perluas usaha kurangi kelaziman merokok di S'pura

Oct 06, 2022 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) kerap menyemak bukti di sebalik dasar kawalan tembakau dan terus meluaskan usahanya untuk terus mengurangkan kelaziman merokok di Singapura, menerusi pendidikan awam, menyediakan khidmat berhenti merokok, perundangan dan cukai, kata Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran), Dr Amy Khor, semalam.



Memberi responsnya kepada soalan Encik Louis Ng (GRC Nee Soon), Dr Khor berkata:



"Seperti yang dikatakan dalam Dewan ini sebelum ini, Agensi Sekitaran Nasional (NEA) kerap meninjau huraian munasabah dan praktikal bagi mengukuhkan terus usaha kami untuk menangani bahaya asap rokok kedua yang dihembus perokok.



"Perokok patut amalkan tanggungjawab sosial, dengan mengelak daripada merokok di tempat awam di mana asap rokok kedua boleh menjejas orang di sekeliling mereka, termasuk keluarga dan orang tersayang, dalam usaha melindungi kesihatan mereka."



Dalam soalannya, Encik Ng bertanya sekiranya Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) sedar dan akan menyemak kajian yang dijalankan negara lain yang mendapati mereka yang terdedah kepada asap rokok kedua dijangka mengalami kemurungan, keresahan, tekanan, gangguan hiperaktif kurang tumpuan (ADHD) dan demensia, dan sekiranya kementerian itu menyemak dasar bagi menangani asas rokok kedua di rumah berdasarkan kajian-kajian itu.



Dr Khor menekankan bahawa pihaknya juga bimbang akan kesan bahaya asap kedua.



"Justeru sebab itulah kami telah letakkan banyak usaha dan sumber bagi mengurangkan kelaziman merokok, selain memantau dengan kerap huraian yang munasabah dan praktikal bagi menanganinya," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >