Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

VARIAN BARU COVID-19

MOH: Semua pelawat dari Korea S harus jalani SHN 14 hari di pusat khas

Dec 25, 2020 | 05:30 AM



MULAI esok, pelawat yang ke Singapura dan telah pergi ke Korea Selatan dalam tempoh 14 hari sebelum itu perlu menjalani notis jangan keluar rumah (SHN) 14 hari di pusat kuarantin yang ditentukan.



Ini termasuk pelawat yang pulang ke Singapura di bawah aturan laluan hijau timbal balik (RGL) di antara Singapura dengan Korea Selatan.



Langkah itu, yang berkuat kuasa pada 11.59 malam esok, diambil kerana bilangan kes Covid-19 yang melonjak di Korea Selatan, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya.



Pada 2 November lalu, pelawat dari Korea Selatan dibenarkan menjalani SHN selama 14 hari di tempat kediaman masing-masing.



Pelawat dari Fiji, Sri Lanka, Thailand dan Hong Kong, masih dibenarkan menjalani SHN di tempat kediaman masing-masing jika perlu memenuhi syarat tertentu, seperti perlu menetap di kediaman mereka berseorangan.



MOH berkata:



"Sedang keadaan global berkembang, kita akan terus menyesuaikan langkah-langkah sempadan kita untuk menguruskan risiko jangkitan import dan penyebaran dalam kalangan masyarakat.



"Sebarang perubahan pada langkah sempadan akan diumumkan di laman SafeTravel."



Sehingga 12 tengah hari semalam, MOH melaporkan 13 kes diimport di Singapura, menjadikan jumlah kes di sini 58,495.



Kesemua kes diimport baru itu telah dikenakan SHN setibanya di Singapura, kata MOH dalam kenyataan berasingan.



Tiada kes baru dalam masyarakat atau daripada dormitori pekerja asing dilaporkan.



Dalam pada itu, kelmarin, MOH telah mengesahkan kes Covid-19 pertama di Singapura yang dijangkiti varian koronavirus baru.



Lagi 11 kes pula menunjukkan hasil ujian awal positif bagi varian virus tersebut.



Koronavirus varian B117 itu disyaki lebih mudah berjangkit dan kini sedang menular di Britain.



Namun, tiada bukti yang menunjukkan Covid-19 varian B117 itu sedang menular dalam masyarakat di sini, kata MOH, sambil menambah kesemua kes telah dikenakan SHN di pusat kuarantin setibanya di Singapura.



Kontak rapat pesakit ini juga telah dikuarantin lebih awal dan diuji negatif pada akhir tempoh kuarantin itu, menurut MOH.



"Oleh sebab beliau (kes jangkitan Covid-19 jenis baru) telah diasingkan setibanya di Singapura, kami berupaya mengadang kes ini (daripada menjangkiti orang lain) dan tiada jangkitan lain yang bersumber daripadanya," kata MOH lagi.



Kes-kes itu antara 31 kes diimport dari Eropah yang tiba di Singapura antara 17 November dengan 17 Disember dan didapati membawa jangkitan Covid-19 pada bulan ini.



Sebanyak 12 kes yang diimport dari Eropah dalam tempoh itu didapati tidak dijangkiti koronavirus Covid-19 varian B117 tersebut, kata MOH.



Sampel daripada lima kes pula tidak boleh diuji kerana kandungan virus tidak mencukupi. Baki dua kes lagi masih belum diuji.



Kes diimport tunggal yang dijangkiti varian Covid-19 B117 itu ialah seorang warga Singapura perempuan berusia 17 tahun yang menuntut di Britain sejak Ogos 2020.



Pelajar itu kembali ke Singapura pada 6 Disember dan menjalani SHN di pusat kuarantin setibanya di sini. Beliau mengalami demam pada hari selanjutnya dan didapati dijangkiti Covid-19 pada 8 Disember.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >