Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOH: Vaksin bivalen Moderna/Spikevax mula ditawar lusa

Dibuka antaranya bagi golongan usia 50 tahun ke atas yang vaksin terakhir mereka adalah lebih lima bulan lalu
Oct 12, 2022 | 05:30 AM



VAKSIN bivalen Moderna/Spikevax akan mula ditawarkan lusa - tiga hari lebih cepat daripada Isnin depan (17 Oktober) seperti yang diumumkan sebelum ini.



Menyatakan demikian semalam, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata pelancaran vaksin bivalen itu dapat dipercepat kerana pasukan operasinya dapat menyelesaikan persiapan mereka lebih awal.



Ia juga berkata memandangkan jangkitan Covid-19 disebabkan oleh subvarian Omicron XBB sedang meningkat, memberi suntikan vaksin baru itu lebih awal akan membawa manfaat.



Ini bermakna mulai lusa, mereka yang belum menerima perlindungan minimum terdiri daripada dua suntikan vaksin mRNA dan satu suntikan penggalak, atau mereka yang berumur 50 tahun dan ke atas yang menerima suntikan vaksin terakhir mereka lebih lima bulan lalu, boleh menerima vaksin bivalen Moderna/Spikevax.



Mereka boleh ke salah satu daripada sembilan pusat ujian dan vaksinasi bersama (JTVC) yang menawarkan vaksin Moderna/ Spikevax untuk mendapatkan dos vaksin bivalen mereka.



Semalam, dua pengerusi bersama Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19, Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, dan Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, menerima dos penggalak menggunakan vaksin bivalen itu di JTVC Commonwealth.



"Vaksin bivalen Moderna/Spikevax adalah berdasarkan vaksin asal yang sama, dengan dos yang sama bagi penggalak," kata MOH.



"Daripada hanya menyasarkan virus Covid-19 yang asal, versi yang dikemas kini juga menyasarkan varian Omicron. Oleh itu, ia akan memberi perlindungan yang lebih baik terhadap varian Covid-19 yang lebih baru. Ia terbukti selamat dan berkesan," tambahnya.



Kementerian itu juga berkata pendekatan dan proses mengemas kini vaksin dengan jenis baru sebuah penyakit adalah "amalan yang telah ditetapkan".



Ia menambah sejauh ini lebih 11 juta dos vaksin mRNA bivalen yang dikemas kini telah diberikan di Amerika Syarikat tanpa sebarang keprihatinan keselamatan dilaporkan.



"Kedua-dua kajian yang diubah suai dan klinikal telah menunjukkan bahawa vaksin bivalen Moderna/Spikevax adalah selamat dan berkesan," kata MOH.



Bercakap kepada media semalam, Encik Ong mengakui kes Covid-19 di Singapura sedang meningkat, tetapi beliau berkata ia bukan faktor utama dalam keputusan mempercepatkan pentadbiran vaksin bivalen itu.



"Laporan semalam (kelmarin) hampir 5,000 kes dan biasanya Selasa dua kali ganda kes Isnin, jadi hari ini (semalam) saya rasa kita boleh menjangkakan 10,000 kes atau lebih. Jadi kes semakin meningkat... Jika kita bersedia secara operasi dan kita boleh melakukannya lebih awal, mengapa tidak?" kata Encik Ong.



MOH minggu lalu mengumumkan bahawa vaksin bivalen akan menggantikan vaksin mRNA yang digunakan kini, menyusuli saranan Jawatankuasa Pakar Mengenai Vaksinasi Covid-19 (EC19V).



Ini setelah vaksin bivalen Moderna/ Spikevax diluluskan oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA) bulan lalu.



Vaksin bivalen Pfizer/Comirnaty sedang menjalani penilaian dan dijangka ditawarkan menjelang hujung tahun ini.



Selain JTVC Commonwealth, orang ramai boleh ke JTVC Ang Mo Kio, Bukit Merah, Jurong East, Kaki Bukit, Pasir Ris, Sengkang, Woodlands dan Yishun untuk mendapatkan dos vaksin bivalen itu.




Laporan lanjut: Variasi Omicron lebih dominan, jangkitan sedang meningkat




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >