Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOM bantu tangani isu gaji, kebajikan pekerja migran

Dua syarikat, Shanghai Chong Kee dan Zhengda Corporation kini disiasat di bawah Akta Pekerjaan
Oct 22, 2022 | 06:16 AM



KEMENTERIAN Tenaga Manusia (MOM) dan Perikatan Tiga Pihak bagi Penyelesaian Pertikaian (TADM) telah membantu 10 pekerja migran yang terlibat dalam satu perhimpunan awam di Ang Mo Kio Selasa lalu.



Menerusi laman Facebook mereka semalam, MOM berkata mereka mendapati lima daripada 10 pekerja syarikat Zhengda Corporation itu tidak dibayar gaji.



"Kami telah membantu kesemua lima pekerja dengan tuntutan gaji mereka dan Zhengda Corporation telah pun membayar gaji mereka sepenuhnya.



"Kami juga telah mengesahkan bahawa lima lagi pekerja itu serta baki tenaga kerja Zhengda Corporation tidak mempunyai gaji yang tertunggak dan mereka juga tidak melaporkan sebarang keprihatinan tentang kesejahteraan mereka sejauh ini," ujar MOM.



Tambahnya, mereka juga mendapati Shanghai Chong Kee belum membayar gaji pekerja migran mereka.



MOM dan TADM sedang membantu para pekerja ini.



Menurut MOM, kedua-dua Shanghai Chong Kee dan Zhengda Corporation juga sedang disiasat di bawah Akta Pekerjaan.



Tambahnya, kesejahteraan tenaga kerja, termasuk pekerja migran, sentiasa menjadi keutamaan MOM.



"MOM dan TADM akan terus membantu pekerja yang berdepan isu gaji dan membantu mendapatkan semula gaji mereka.



"Pekerja migran yang menghadapi isu gaji digalak menghubungi MOM di talian 6438-5122 atau TADM menerusi laman web www.tal.sg/tadm/contact-us untuk mendapatkan bantuan," ujar MOM.



Menurutnya, MOM juga sedang bekerjasama dengan Pusat Pekerja Migran (MWC) dan Kesatuan Pekerja Binaan Bangunan dan Perusahaan Balak (Batu) untuk menghulurkan bantuan dari segi kesejahteraan pekerja.



Satu video 18 saat yang dimuat naik di laman Facebook 'Singapore Incidents' pada Selasa lalu menunjukkan sekumpulan pekerja migran mengadang ruang masuk bangunan di Ang Mo Kio Street 62 itu disebabkan gaji yang tidak dibayar.



Lima daripada mereka dilihat memegang kertas dengan tulisan Cina yang menamakan firma Shanghai Chong Kee dan mendesaknya membayar hutang.



Hutang yang dimaksudkan itu adalah gaji yang tidak dibayar.



Keterangan yang mengiringi video itu menyatakan, pekerja tersebut mendakwa mereka tidak dibayar gaji selama tiga bulan.



Mereka juga telah menggunakan lori untuk mengadang ruang masuk ke bangunan NCS Hub itu.




"Kami juga telah mengesahkan bahawa lima lagi pekerja itu serta baki tenaga kerja Zhengda Corporation tidak mempunyai gaji yang tertunggak dan mereka juga tidak melaporkan sebarang keprihatinan tentang kesejahteraan mereka sejauh ini."
- Kementerian Tenaga Manusia (MOM), dalam satu catatannya di Facebook.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >