Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOM gantung hak istimewa pas kerja dua majikan kerana gagal hantar pekerja bagi ujian rutin

Oct 16, 2020 | 10:51 PM



KEMENTERIAN Tenaga Manusia (MOM) telah menggantung hak istimewa pas kerja dua majikan kerana gagal mengatur jadual bagi pekerja mereka menjalani Ujian Rutin Yang Dijadualkan (RRT) bagi Covid-19.



Ini bermakna mereka tidak lagi boleh menggajikan pekerja berkenaan yang gagal dihantar ke sesi ujian di samping tidak dapat menggajikan pekerja baru menerusi sistem pas kerja hingga tempoh pergantungan itu tamat.



Menjelaskan demikian dalam satu kenyataan bersama pada Jumaat (16 Oktober), Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB), Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) dan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) berkata:



"Pekerja yang terjejas telah diberi tempoh penangguhan bagi mencari pekerjaan gantian kerana mereka tidak terlibat dengan pelanggaran ketetapan." 



MOM juga menambah ia mengambil tindakan ini selepas majikan berkenaan gagal memberi sebab yang wajar atau memohon pengecualian bagi pekerja-pekerja mereka ini.



Kedua-dua majikan setiap satu juga gagal menghantar seorang pekerja bagi RRT.



Majikan wajib menghantar pekerja bagi RRT sejak 5 September lalu.



MOM menyatakan kebanyakan daripada pekerja ini atau sekitar 260,000 pekerja sama ada sudah menjalani atau dijadualkan melalui ujian ini.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >