Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOM: Kadar pengangguran kekal pada paras sebelum Covid-19

Dijangka terus rendah bulan-bulan mendatang
Sep 10, 2022 | 05:30 AM



KADAR pengangguran pekerjaan di Singapura kekal pada paras prapandemik pada Julai lalu, dan kadar ini dijangka kekal rendah pada bulan-bulan mendatang.



Demikian menurut satu laporan Jabatan Kajian Tenaga Manusia dan Statistik yang dikeluarkan semalam.



Pada keseluruhannya, 68,900 penduduk di sini menganggur pada Julai lalu, iaitu seramai 61,500 (3 peratus) adalah warga Singapura dan selebihnya (2.1 peratus) pemastautin.



Kadar ini kekal walaupun sektor penerbangan sedang meningkatkan usaha pengambilan pekerja dengan pelonggaran sekatan sempadan Covid-19 dan lantunan semula perjalanan.



Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran, sektor itu memberhentikan kira-kira 10,000 pekerja sepanjang dua tahun lepas - kira-kira satu pertiga daripada 35,000 pekerja pada 2019, sebelum pandemik Covid-19 .



Mulai bulan depan, Singapura perlu bersedia bagi angka penerbangan mencecah kira-kira 80 peratus daripada paras 2019, meningkat daripada 64 peratus sekarang, katanya.



"Bilangan penumpang sekarang purata 58 peratus, meningkat secara berterusan sejak Singapura membuka semula sempadannya lima bulan lalu.



"Dalam enam bulan pertama tahun ini, ia telah menggjikan lebih 4,000 orang. Menggajikan 4,000 lagi akan menjadikan paras tenaga kerja kepada kira-kira 33,000 orang."



Selain pekerjaan dalam sektor penerbangan, pekerja dalam sektor teknologi maklumat juga diburu oleh majikan Singapura, terutama mereka yang mempunyai kemahiran kecerdasan buatan (AI), pemasaran digital dan jurutera robotik, antaranya.



Untuk membantu rakyat Singapura mendapat akses lebih mudah kepada perkhidmatan dan nasihat padanan kerjaya, pemerintah telah melancarkan Pusat Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited di 24 bandar HDB.



Pusat kerjaya satelit ini akan membawa peluang lebih dekat dengan menyediakan maklumat tentang pekerjaan dan latihan serta membantu mencari laluan paling sesuai berdasarkan keperluan.



Mulai Julai 2020, kadar pengangguran teratas untuk keseluruhan, penduduk dan rakyat bagi setiap bulan dikeluarkan secara bulanan pada minggu pertama bulan seterusnya.



Ketersediaan kadar pengangguran dalam talian ini membolehkan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) mengesan perubahan dalam situasi pekerjaan dengan lebih tepat.



Maklumat ini tersedia di portal statistik MOM https://stats.mom.gov.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >