Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MEMPERBAIKI KEHIDUPAN PEKERJA BERGAJI RENDAH

MOM kaji isu tiada kontrak kerja bagi pekerja penghantaran

Aug 30, 2021 | 05:30 AM



PEKERJA penghantaran di bawah platform dalam talian seperti Grab dan Deliveroo bekerja dalam keadaan tertekan dek sebab-sebab di luar kawalan mereka, tetapi tidak mempunyai kontrak pekerjaan.



Melahirkan keprihatinannya mengenai golongan pekerja bergaji rendah ini, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) sedang mengkaji perkara itu dan akan menjalankan perundingan.



Ini lebih-lebih lagi lebih ramai orang melakukan pekerjaan seperti itu sekarang, dan oleh itu, masalahnya semakin bertambah.



"Kita mesti menangani isu-isu untuk memberikan pekerja ini masa depan lebih terjamin," kata beliau dalam ucapan Rapat Hari Kebangsaan semalam.



Encik Lee mengongsi sebuah filem pendek bertajuk Kejar yang menonjolkan tekanan yang dihadapi pekerja penghantaran semasa bertugas disebabkan perkara luar kawalan mereka, seperti cuaca buruk dan motosikal mereka mengalami masalah.



Filem pendek tersebut memaparkan betapa golongan pekerja itu berusaha dengan terbaik bagi mencapai sasaran harian, namun tidak selalu berjaya.



Encik Lee berkata pada dasarnya, pekerja penghantaran sama seperti kakitangan.



Platform dalam talian menetapkan harga produk mereka dan tugas yang diberi kepada pekerja itu.



Mereka juga menguruskan prestasi pekerja, termasuk mengenakan hukuman dan penggantungan.



Namun, pekerja penghantaran itu tidak mempunyai kontrak pekerjaan dengan platform dalam talian tersebut.



"Oleh itu, mereka tidak mempunyai perlindungan pekerjaan asas yang dipunyai kebanyakan pekerja, seperti pampasan kecederaan di tempat kerja, perwakilan kesatuan sekerja dan CPF (Tabung Simpanan Pekerja) majikan.



"Selain pekerja penghantaran, terdapat juga beberapa pekerja bergaji rendah dalam pekerjaan lain yang mempunyai hubungan seperti kakitangan dengan platform itu.



"Mereka juga akan berasa lebih sukar untuk mampu mendapatkan rumah, penjagaan kesihatan dan akhirnya, persaraan," kata Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >