Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOM: Langkah lanjut bakal diperkenal selepas 2 lagi maut di tempat kerja

MOM
Aug 28, 2022 | 05:30 AM



TERDAPAT dua kes kematian di tempat kerja dalam tempoh dua hari lalu.



Kejadian maut pertama berlaku Khamis lalu di tapak kerja PUB di Kranji Road dan meragut nyawa seorang warga Singapura berusia 65 tahun, manakala yang kedua berlaku kelmarin di Woodlands Industrial Park D, dengan seorang pekerja Bangladesh berusia 32 tahun meninggal dunia.



Dua kematian itu menjadikan bilangan kematian berkaitan pekerjaan di Singapura kepada 36 setakat tahun ini, berbanding 37 yang dicatatkan sepanjang tahun lalu.



Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyatakan ia akan memperkenalkan langkah lanjut untuk mengukuhkan keselamatan di tempat kerja, dengan lebih banyak maklumat akan datang selepas satu semakan.



Kementerian itu menyatakan ia amat prihatin dengan jumlah kematian yang tinggi di tempat kerja tahun ini, sambil menambah bahawa terdapat lima kes kematian pada Ogos sahaja.



"Kami mengulangi bahawa majikan mesti mengambil lebih banyak tanggungjawab ke atas keselamatan semua pekerja mereka.



"Semua pekerja juga mesti meletakkan keselamatan sebagai keutamaan mereka, berhati-hati dengan amalan tempat kerja tidak selamat, dan membawa isu itu kepada perhatian penyelia dan MOM."



Dalam kemalangan Khamis lalu, pemandu warga Singapura berusia 65 tahun itu sedang mengangkut forklif menggunakan sebuah lori di Loji Penambakan Air Kranji.



Semasa beliau mengikat forklif ke lori, forklif itu tiba-tiba bergerak ke depan dan melanggarnya.



Beliau dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat, di mana beliau kemudiannya meninggal dunia.



Dalam satu kemalangan berasingan kelmarin, pekerja Bangladesh itu sedang memunggah pangkalan tiang lampu konkrit dengan pemuat lori di tapak pembinaan.



Semasa proses itu, barang itu jatuh ke atasnya. Beliau disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).



MOM berkata ia sedang menyiasat punca kematian dua kes tersebut dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan penguatkuasaan tegas terhadap mana-mana majikan yang didapati bersalah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >