Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOM mulakan skim lawatan ke rumah bagi tinjau kebajikan pembantu domestik

Apr 26, 2021 | 04:19 PM



PEMBANTU rumah di Singapura kian mendapat lebih banyak sokongan dalam memastikan majikan mereka melayan mereka dengan baik menerusi kunjungan ke rumah yang dikendalikan pegawai yang ditugaskan Kementerian Tenaga Manusia (MOM).



Di bawah satu inisiatif baru yang bermula 5 April lalu, pegawai ini bertemu pembantu rumah dan majikannya di rumah mereka. Sewaktu lawatan itu, taklimat mengenai keadaan pekerjaan yang selamat dan saluran di mana pembantu rumah boleh mendapatkan bantuan jika diperlukan akan disampaikan.



Menurut MOM dalam kenyataannya pada Isnin (26 April), pegawai yang ditugaskan akan juga memeriksa keadaan penginapan dan pekerjaan pembantu rumah berkenaan dalam lawatan yang dijalankan.



MOM juga menambah ia bercadang mengunjungi 200 rumah setiap bulan.



Langkah ini diambil menyusuli beberapa kes penderaan pembantu rumah asing yang kadangkala membawa pada kematian mereka, sesuatu yang dilaporkan di akhbar sejak akhir-akhir ini.



Pada Februari, suri rumah Gaiyathiri Murugayan mengaku membiarkan pembantu rumah Myanmar, Piang Ngaih Don, 24 tahun, kebuluran dan terseksa, membawa pada kematiannya.



Pada November tahun lalu pula, seorang wanita secara berulang kali mendera seorang pembantu rumah Indonesia yang digajikan keluarganya. Wanita itu kemudian melarikan diri menerusi balkoni dan menuruni 15 tingkat flat itu.



Majikan berkenaan dihukum penjara 10 bulan, dua minggu.



Jurucakap MOM, dalam pada itu, berkata pegawai yang ditugaskan juga akan dilatih mencari tanda-tanda tersembunyi yang tidak diluahkan pembantu rumah berkenaan yang membawa pada pelanggaran kondisi kerja yang tidak adil, sesuatu yang akan ditinjau MOM sebagai susulan.



Jika wujud penderaan, polis akan diberitahu.



Selain kunjungan ke rumah itu, MOM juga akan bekerjasama dnegan Pusat bagi Pekerja Domestik (CDE) bagi melanjutkan sesi wawancara dengan pembantu rumah yang buat kali pertamanya bertugas di sini. Ini satu cara mereka boleh melahirkan sebarang keprihatinan dan isu. 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >