Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOM: Pengangguran, pemberhentian kerja naik pada suku ketiga

Pasaran pekerja bagi penduduk, bukan penduduk Singapura terus berkembang untuk suku kelapan berturut-turut
Oct 26, 2023 | 04:45 PM



Kadar pemberhentian kerja dan pengangguran di kalangan penduduk Singapura meningkat pada suku ketiga 2023 di tengah-tengah kesuraman ekonomi yang lebih menjejas sektor seperti perdagangan borong.

Namun, pasaran pekerja bagi penduduk dan bukan penduduk terus berkembang untuk suku kelapan berturut-turut, menurut kenyataan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) yang dikeluarkan pada Khamis.

MOM berkata, walaupun kadar pengangguran kekal rendah, jumlah tersebut kelihatan semakin meningkat secara perlahan-lahan dan mungkin akan meningkat lagi.

Kadar pemberhentian kerja telah meningkat sebanyak 900 kepada 4,100 pada suku ketiga, berbanding 3,200 pada suku kedua. Peningkatan ini kebanyakannya datang daripada sektor perdagangan borong.

Sektor perdagangan borong merangkumi aktiviti-aktiviti seperti pembelian dan penjualan barangan, penyimpanan dan pergudangan, dan pemasaran, menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI).

Ia merupakan sektor kedua terbesar dalam ekonomi Singapura, membentuk 18.6 peratus daripada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) nominal pada 2022. GDP nominal merupakan jumlah nilai semua barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam tempoh masa tertentu, sebelum diselaraskan untuk inflasi.

Setakat Disember 2022, sektor perdagangan borong mempunyai lebih 300,000 pekerja.

Peningkatan mendadak dalam kadar pemberhentian kerja mencerminkan prospek luaran yang lebih lemah yang dihadapi oleh sektor itu, kata MOM. Ia menambah bilangan pemberhentian kerja dalam sektor lain secara amnya kekal stabil atau menurun.

Menurut MOM, penyusunan semula atau penstrukturan perniagaan pada suku itu merupakan sebab utama yang telah menambah kepada kadar pemberhentian kerja.

Sektor pembinaan memberhentikan seramai 200 orang pada suku ketiga, manakala 800 orang diberhentikan dalam sektor perkilangan dalam tempoh yang sama.

Sementara itu, sektor perkhidmatan, termasuk perdagangan borong, memberhentikan 3,100 orang, naik 550 berbanding 2,550 pada suku sebelumnya.

Seramai 68,000 penduduk dan penduduk tetap Singapura yang menganggur pada September, meningkat lebih 3 peratus berbanding 65,600 yang dicatatkan pada Jun.

Namun, MOM berkata kadar pengangguran kekal stabil pada September, pada 2 peratus secara keseluruhan, 2.8 peratus untuk penduduk dan 3 peratus untuk warga Singapura.

“Ini menunjukkan bahawa kebanyakan pekerja yang diberhentikan telah mendapat pekerjaan baru dengan cepat,” kata MOM.

Kementerian tenaga manusia itu juga berkata, kadar itu kekal rendah berbanding purata dari 2013 hingga 2022 sebanyak 2.4 peratus secara keseluruhan, 3.3 peratus untuk penduduk dan 3.4 peratus untuk warga Singapura.

Jumlah pekerjaan, tidak termasuk pembantu rumah migran, meningkat sebanyak 24,000 pada suku ketiga, menandakan pertumbuhan suku kelapan berturut-turut.

Peningkatan ini setanding dengan suku sebelumnya, yang merangkumi pertumbuhan dalam pekerjaan penduduk dan bukan penduduk.

“Pekerjaan penduduk berkembang dalam sektor pertumbuhan seperti perkhidmatan kewangan dan perkhidmatan profesional, yang secara umumnya, mempunyai pekerjaan bergaji tinggi, serta dalam perkhidmatan kesihatan dan sosial.

“Sementara itu, pekerjaan bukan penduduk berkembang dalam sektor seperti pembinaan, perdagangan runcit, perkhidmatan makanan dan minuman, serta perkhidmatan pentadbiran dan sokongan,” kata MOM.

Namun begitu, MOM berkata kadar pertumbuhan pekerjaan telah bergerak lebih perlahan berbanding setahun lalu, di samping sekitaran ekonomi global yang lembab dan jangkaan perniagaan yang bertambah buruk pada September 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >