Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOM perjelas isu amah positif Covid-19 dilepas awal dari SHN

May 19, 2021 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Tenaga Manusia (MOM) telah menjelaskan perkara yang ditimbulkan majikan seorang pembantu rumah migran yang dilepaskan lebih awal dari Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) meskipun beliau mempunyai virus Covid-19.



Walaupun pembantu rumah itu diuji positif, ada tanda beliau sedang menggugurkan cebisan virus mati daripada jangkitan lalu, kata MOM.



Sebelum itu, pembantu rumah tersebut dinilai sebagai selamat selepas ujian PCR yang dijalaninya menunjukkan beliau negatif bagi Covid-19 dan positif bagi ujian serologi, yang membayangkan beliau telah pulih daripada jangkitan awal.



Majikannnya, Cik Jade Rasif, menyuarakan keprihatinan beliau di Facebook dan Instagram, selepas pembantu rumah itu dibenarkan pulang pada hari ketiga SHN.



Cik Jade, seorang dejay, mempersoal mengapa beliau tidak dikuarantin meskipun telah berhubungan dengan pembantu rumah itu.



Memberi respons, MOM berkata pembantu rumah itu didapati tidak lagi boleh menjangkiti orang lain dan dilepaskan pada 9 Mei.



"Dapatan ini konsisten dengan keputusan lebih awal, iaitu pembantu rumah migran tersebut telah pulih daripada jangkitan lama apabila beliau memasuki Singapura," kata MOM.



"Pembantu rumah migran itu tidak membahayakan keluarga majikannya."



Menulis di media sosial, Cik Jade berkata beliau dan ahli keluarganya menjalani ujian swab secara sukarela, tidak keluar rumah dan memakai pelitup N95 sebagai langkah berjaga-jaga.



Berhubung isu pekerja tersebut tidak diberi nombor kes, MOM berkata hanya jangkitan aktif Covid-19 diberi nombor kes, dan kes masih dinilai tidak diberikan nombor kes.



Kelmarin, Cik Jade memberi respons kepada hujah MOM itu dan berkata ada beberapa keluarga lain yang berada dalam keadaan sama dikenakan SHN.



"Saya harap anda boleh menghubungi saya dan memberikan penjelasan kepada pihak terjejas," kata beliau.



Beberapa agensi pembantu rumah yang dihubungi The Straits Times berkata sebahagian majikan yang menggajikan pembantu rumah menerima e-mel dari MOM sejak beberapa minggu lalu yang berkata pembantu rumah mereka perlu menjalani ujian swab lagi.



Pembantu rumah terjejas adalah mereka yang dilepaskan selepas menjalani SHN beberapa hari, kata agensi pembantu rumah.



Sebahagian pembantu rumah itu diuji positif dan telah diasingkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >