Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOM perkenal langkah tambahan pastikan keselamatan tempat kerja

* Firma dilarang ambil pekerja migran baru sehingga tiga bulan jika keadaan kerja tidak selamat * Ketua eksekutif syarikat juga akan dipertanggungjawabkan bagi sebarang kelemahan
Sep 02, 2022 | 05:30 AM



SYARIKAT-SYARIKAT di sini akan dilarang menggajikan pekerja migran baru sehingga tempoh tiga bulan sekiranya keadaan kerja tidak selamat atau kawalan risiko yang tidak baik didapati menjadi punca kemalangan di tempat kerja yang menyebabkan kematian.



Ketua eksekutif dan pemimpin syarikat-syarikat tersebut juga akan dipertanggungjawabkan bagi kelemahan tersebut dan perlu mengambil tindakan bagi memperbetulkan keadaan.



Demikian menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) semalam, semasa mengumumkan tempoh keselamatan dipertingkat selama enam bulan yang dikenakan ke atas syarikat-syarikat.



Tempoh itu boleh dilanjutkan jika perlu.



Sepanjang tempoh tersebut, syarikat dalam sektor risiko tinggi perlu melaksanakan waktu rehat keselamatan, yang akan diwajibkan ke atas mereka buat pertama kali.



Ini menjejas semua syarikat dalam industri pembinaan, pengilangan, marin, proses atau pengangkutan dan penyimpanan.



Dalam pada itu, MOM juga mengumumkan pembentukan pasukan bertindak keselamatan tempat kerja berbilang sektor untuk meneliti amalan dan struktur pekerjaan di industri-industri tertentu.



Pasukan bertindak itu dipimpin Menteri Negara Kanan (Kementerian Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad.



Mengulas dalam satu sidang media semalam, Encik Zaqy berkata para pemimpin syarikat perlu memikul tanggungjawab memastikan keselamatan pekerja meskipun sesetengah syarikat mungkin merasakan langkah-langkah yang diperketat itu menyukarkan dan menambahkan lagi cabaran yang mereka hadapi.



Pasukan bertindak yang dipimpin Encik Zaqy itu akan melibatkan agensi pemerintah seperti Kementerian Pembangunan Negara, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan serta dianggotai konsultan keselamatan dan wakil-wakil industri.



"Namun saya mahu meyakinkan semua orang bahawa mereka tidak perlu bimbang jika mereka menjadikan keselamatan satu keutamaan.



"Apa juga gangguan yang mereka hadapi ekoran kekurangan dalam amalan keselamatan adalah sementara, namun kesan kecederaan atau kematian kepada pekerja dan keluarga mereka adalah sesuatu yang berkekalan.



"Kita harus kembali kepada garis mula bahawa kita tidak boleh menerima sebarang kematian mahupun kecederaan," ujar beliau.



Berkenaan tempoh keselamatan dipertingkat itu, MOM menjelaskan antara 1 dengan 15 September ini, syarikat-syarikat dalam sektor berkenaan perlu menggantung operasi mereka secara sementara untuk menyemak prosedur keselamatan dan melengkapkan kegiatan-kegiatan waktu rehat keselamatan yang disenaraikan kementerian tersebut.



Antara lain, pihak pengurusan tertinggi syarikat perlu melawat dan meninjau tapak pekerjaan untuk menggalak pekerja melaporkan risiko keselamatan dan kemalangan yang hampir berlaku kepada penyelia mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >