Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOM perkenal program pasti peralatan industri penuhi piawaian

Mar 31, 2023 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Tenaga Manusia (MOM) akan memperkenalkan program baru pada Mei 2023 yang membolehkan syarikat pemeriksaan menyemak dan mengesahkan bahawa peralatan industri yang digunakan di tempat kerja mematuhi keperluan Piawaian Singapura (SS) 537-1.



Program tersebut diadakan kerana pembeli atau pemilik peralatan industri mungkin tidak pasti sama ada mesin mereka diperakui selamat untuk digunakan, terutamanya jika pembekal bukan daripada sumber yang telah ditetapkan, atau jika peralatan itu tidak dipasang atau ditauliahkan oleh pengilang.



Meskipun program tersebut tidak diwajibkan, penghuni tempat kerja dan pemilik mesin masih bertanggungjawab di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan (WSH) memastikan mesin mereka selamat.



"Kegagalan melakukan ini (pastikan mesin selamat) adalah satu kesalahan dan mengakibatkan penalti.



"Jadi program ini akan membantu syarikat memenuhi kewajipan undang-undang mereka, jika mereka tidak mempunyai cara lain untuk memastikan mesin mereka selamat digunakan," kata Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad.



Beliau berada di SLB di Gul Circle bagi pelancaran Kempen 'Safe Hands' 2023 yang diadakan pada Khamis.



Kempen tahunan itu bertujuan meningkatkan kesedaran tentang pencegahan kecederaan tangan dan jari di tempat kerja.



Kempen tahun ini, yang dihoskan Cameron, sebuah syarikat SLB, akan tertumpu pada subsektor Pembuatan Kerja Logam, yang mempunyai insiden kecederaan tangan dan jari paling tinggi dalam industri pembuatan.



"Malah, sektor pengilangan kekal sebagai penyumbang kedua tertinggi kecederaan utama, dengan sebanyak 122 kecederaan utama pada 2022.



Insiden melibatkan jentera merupakan punca utama kecederaan utama tersebut.



Jumlah kecederaan yang mengakibatkan amputasi juga tidak menunjukkan peningkatan, kata Encik Zaqy.



Terdapat 41 kecederaan sedemikian pada 2021 dan 42 kecederaan pada 2022.



"Kebanyakan amputasi ini disebabkan oleh kekurangan langkah kawalan, seperti pengawal mesin atau prosedur 'Lock Out Tag Out' yang akan mengurangkan kuasa mesin dengan betul semasa melakukan pembaikan atau penyelenggaraan.



"Kecederaan-kecederaan ini boleh dielak dengan mudah," ujar beliau.



Encik Zaqy menambah bahawa usaha akan diteruskan untuk menjalankan operasi khusus sepanjang April hingga Jun menyasarkan aktiviti pengilangan dan pembinaan yang melibatkan penggunaan jentera berisiko tinggi.



"Sokongan sudah tersedia bagi syarikat memperbaiki WSH. "Jadilah proaktif untuk memanfaatkannya dan mencegah kemalangan, dan bukannya menyesal kemudian apabila anda mengalami kemalangan," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >