Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOM teliti rapi pemohon, elak salah guna Pas One: See Leng

Fleksibiliti diberi kepada pemegang pas kerana mahu galak mereka ambil risiko, teroka bidang baru dan buat impak besar bagi manfaat SG
Sep 13, 2022 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan memeriksa dengan teliti semua permohonan Pas Rangkaian dan Kepakaran Luar Negara (One) baru dan akan mendekati pemegang pas itu semasa mereka berada di Singapura, kata Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng.



Ini adalah sebahagian daripada perlindungan yang akan dilaksanakan demi memastikan penerima layak memegang pas itu meskipun sedang Singapura bersaing dengan lebih hebat untuk menarik bakat antarabangsa terbaik ke negara ini, kata Dr Tan dalam kenyataan menteri beliau di Parlimen semalam.



Pas itu adalah antara empat peningkatan khusus yang akan dibuat pada rangka kerja pas pekerjaan Singapura untuk menarik bakat terbaik dan karyawan teknologi berpengalaman dalam bidang yang kekurangan kemahiran.



Pemohon pas itu akan perlu meraih gaji bulanan tetap sebanyak $30,000 dan ke atas, yang setanding dengan 5 peratus pemegang Pas Pekerjaan (EP) teratas.



Gaji hanya satu faktor, dengan individu yang mempunyai pencapaian cemerlang dalam bidang seni dan budaya, sukan, sains dan teknologi, dan penyelidikan dan akademia juga boleh layak bagi pas itu meskipun jika mereka mungkin tidak memenuhi kriteria gaji.



Seramai 16 Anggota Parlimen (AP) telah bertanyakan soalan mengenai pas baru itu, dengan Cik He Ting Ru (GRC Sengkang), Encik Yip Hon Weng (GRC Yio Chu Kang), Encik Patrick Tay (Pioneer) dan Encik Desmond Choo (GRC Tampines) khususnya bertanya tentang rancangan mengelakkan penyalahgunaan atau permohonan palsu bagi pas tersebut.



Dr Tan berkata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) kini sudah pun melaksanakan pemeriksaan belakang tabir untuk menapis kemungkinan kes pengisytiharan gaji palsu.



"Ini termasuk meneliti permohonan daripada syarikat dengan rekod prestasi terhad, dan meminta lebih banyak dokumen untuk mengesahkan gaji yang diisytiharkan akan dibayar.



"Ini juga akan dikenakan bagi semua permohonan Pas One," kata beliau.



Dr Tan menambah bahawa bagi mereka yang ingin menukar EP sedia ada kepada Pas One, pemerintah akan meneliti pemfailan Cukai Pendapatan Peribadi mereka dengan Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras) demi memastikan ia konsisten dengan permohonan mereka.



Bagi calon luar negara, pemerintah akan menilai lanjut permodalan pasaran dan hasil syarikat mereka berdasarkan sumber boleh disahkan.



Dr Tan berkata pemerintah juga akan mendekati pemegang pas semasa mereka di Singapura supaya dapat memperolehi maklumat terkini mengenai kegiatan profesional dan pendapatan tahunan mereka.



Ini juga akan menjadi satu faktor dalam penilaian kelayakan bagi pembaharuan pas, tambah beliau.



Dr Tan berkata pas itu tidak harus disalah gunakan sebagai dokumen lawatan atau pelancongan, dan MOM berhak membatalkan pas itu jika terdapat tempoh tidak aktif ekonomi berpanjangan tanpa sebab kukuh.



Namun begitu, beliau berkata fleksibiliti diberikan kepada pemegang pas itu kerana pemerintah mahu menggalak mereka mengambil risiko, meneroka bidang baru, dan membuat impak besar untuk memberi manfaat kepada Singapura.



"Adalah penting untuk membolehkan beberapa tempoh penyesuaian bagi itu untuk berlaku, dan tidak terlalu cepat mencapai kesimpulan bahawa mereka tidak menyumbang," kata beliau.



Menjawab soalan Encik Mohd Fahmi Aliman (GRC Marine Parade), Encik Pritam Singh (GRC Aljunied) dan Cik He, Dr Tan berkata tiada kuota akan ditetapkan bagi jumlah pemegang pas itu kerana "jika kita menerima bahawa tidak pernah ada cukup bakat terbaik di seluruh dunia, maka tidak masuk akal untuk mengehadkan jumlah bakat yang kita bawa masuk".



Dr Tan menambah bahawa pasangan pemegang pas itu boleh bekerja di Singapura dengan Surat Keizinan tanpa memerlukan pas pekerjaan - satu langkah untuk bersaing dengan negara seperti United Kingdom dan Hong Kong yang menawarkan keistimewaan kerja untuk pasangan.



"Apabila orang membuat keputusan besar untuk berpindah, ia biasanya keputusan keluarga. Tanpa kepastian bagi pasangan, bakat ini mungkin memilih untuk pergi ke tempat lain," kata Dr Tan.



Selain kenyataan menteri itu, Parlimen semalam bertafakur selama seminit sebagai memberi penghormatan atas pemergian Ratu Elizabeth II.



Parlimen juga meluluskan beberapa rang undang-undang, termasuk Rang Undang-Undang (Pindaan) Pendaftaran Jenayah dan Rang Undang-Undang (Pindaan) Lembaga Pelancongan Singapura (STB).




4 PENINGKATAN PADA RANGKA KERJA PAS KERJA



1. Perkenal Pas Rangkaian dan Kepakaran Luar Negara baru



- Bagi bakat yang setanding dengan 5 peratus pemegang EP teratas, raih gaji bulanan tetap $30,000 dan ke atas

- Pas lima tahun yang disesuaikan mengikut keperluan individu bagi bolehkan pemegangnya secara serentak mulakan operasi dan bekerja bagi beberapa syarikat di Singapura pada satu-satu masa



2. Perkenal kayu ukur awam baru dikaitkan kepada 10 peratus pemegang EP teratas



- Bagi bakat yang setanding dengan 10 peratus pemegang EP teratas, raih gaji bulanan tetap $22,500 dan ke atas

- Untuk selaras dengan kayu ukur ini, had pengecualian bagi syarat iklan pekerjaan FCF dan Compass akan dinaikkan daripada $20,000 kepada $22,500; dan kriteria gaji bagi Pas Pekerjaan yang disesuaikan berdasarkan keperluan peribadi (PEP) akan dinaikkan daripada $12,000/$18,000 kepada $22,500.



3. Bolehkan syarikat jadi lebih responsif dengan keperluan niaga



- Untuk semua permohonan EP

- Kembalikan tempoh masa iklan pekerjaan FCF daripada 28 hari kepada 14 hari

- Pertingkat masa proses bagi semua permohonan EP dalam tempoh 10 hari bekerja



4. Perkenal pilihan EP 5 tahun



- Bagi karyawan teknologi berpengalaman untuk isi pekerjaan teknologi tertentu dalam Senarai Pekerjaan Kekurangan Compass

- Raih gaji bulanan tetap sekurang-kurangnya $10,500 (calon lebih tua perlu gaji lebih tinggi untuk layak)

- Lulus Compass dan raih sekurang-kurangnya 10 markah dalam kriteria kepelbagaian




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >