Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Motosikal tidak boleh lintas Koswe 11 malam ini hingga esok pagi

Sep 20, 2022 | 05:30 AM



MOTOSIKAL tidak akan dibenarkan melintasi Koswe di Pusat Pemeriksaan Woodlands dari 11 malam ini hingga pagi esok, kata Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).



Sebaliknya, penunggang motosikal berlepas dari Singapura dinasihati menggunakan Pusat Pemeriksaan Tuas.



Ini disebabkan kerja penggantian papan tanda di Kompleks CIQ Bangunan Sultan Iskandar Malaysia, yang akan ditutup dari 11.59 malam hingga 4 pagi, kata ICA dalam satu catatan Facebook semalam.



Pemandu kenderaan juga harus memeriksa kemas kini di halaman Facebook ICA, tambahnya.



Sempadan darat antara Singapura dan Malaysia banyak dilalui, dengan lebih 300,000 orang melintasi pusat pemeriksaan setiap hari sebelum pandemik Covid-19.



Lebih 313,000 orang direkod melalui pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas setiap hari pada hujung minggu 26 hingga 28 Ogos, menurut ICA.



Jumlah itu mengatasi 302,000 pengunjung yang dicatat pada Hari Kebangsaan dan 278,000 yang melintasi setiap hari semasa cuti sekolah Jun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >