Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOU tangani isu pembayaran komisen, pertikaian dalam industri hartanah S’pura dimeterai

Nov 14, 2023 | 06:28 PM



Persatuan Ejen Hartanah Singapura (SEAA) mengumumkan Perkhidmatan Pengantaraan & Timbang Tara untuk ahlinya dengan menandatangani kerjasama antara SEAA dan Persatuan Undang-undang Singapura.

Persatuan itu juga menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) yang merangkumi Panduan Amalan Terbaik Komisen Pembrokeran Bersama dan Skim Penyelesaian Pertikaian, antara SEAA dan Agensi Hartanah terpilih yang mewakili hampir 90 peratus daripada jumlah ejen hartanah dalam industri.

Dua MOU telah ditandatangani semasa Persidangan Pegawai Eksekutif Utama (KEO) dan Pemimpin Singapura 2023 di Institut Pembelajaran Sepanjang Hayat pada Selasa.

Majlis tersebut dihadiri tetamu terhormat, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Menurut kenyataan dikeluarkan SEAA pada Selasa, dalam mana-mana bidang kuasa lain di seluruh dunia, konsep perwakilan hartanah adalah sangat jelas – ejen hartanah harus mengutip komisen daripada pihak yang diwakilinya.

Bagaimanapun, di Singapura, tiada keseragaman dalam amalan semasa tentang bagaimana ejen hartanah dibayar.

Presiden SEAA, Encik Adam Wang, dengan besar hati menyatakan:

“Skim (pengantaraan dan timbang tara) ini boleh membantu ahli kami menjimatkan masa dan kos serta mencapai hasil yang lebih baik untuk sebarang pertikaian yang mungkin dihadapi antara ejen atau agensi hartanah mengenai perkara pembrokeran bersama.

“Bagi MOU dengan agensi hartanah, kami menyokong industri untuk bekerjasama dan memastikan ejen hartanah dibayar oleh pelanggan yang mereka wakili. Amalan disyorkan ini akan membantu menyelesaikan isu yang telah lama wujud dan kami ingin mengucapkan terima kasih semua agensi hartanah yang terlibat atas sokongan mereka.”

Pegawai Eksekutif Utama (KEO) PropNex, Encik Lim Yong Hock, turut melahirkan perasaan “gembira melihat SEAA menerajui pengumpulan agensi hartanah dalam industri untuk menerima guna panduan amalan terbaik mengenai komisen “pembrokeran bersama” yang “membawa lebih banyak peluang untuk ejen hartanah”.

Menyusui pemeteraian dua MOU itu, Majlis Agensi Hartanah (CEA) dan Persatuan Ejen Hartanah Singapura (SEAA) mengikrarkan komitmen mereka bagi memerangi penipuan dengan kerjasama Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Majlis Pencegahan Jenayah Kebangsaan (NCPC).

“Pasaran hartanah juga tidak terlepas daripada penipuan. Kami pernah melihat kes penipu yang menyamar sebagai pemilik rumah untuk menipu penyewa wang deposit mereka.

“Saya teruja mengetahui bahawa SEAA komited dalam mencegah isu penipuan dan telah berjanji untuk melawan penipuan bersama CEA, SPF dan NCPC. Ini akan dilakukan melalui kempen antipenipuan dan pendidikan orang ramai tentang bagaimana mereka boleh melindungi diri mereka daripada penipuan,” ujar Dr Faishal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >