Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

M'sia belum beri tanda bila larangan eksport ayam akan dihenti

Jul 05, 2022 | 05:30 AM




PEMERINTAH Singapura belum menerima sebarang maklumat terkini daripada kerajaan Malaysia mengenai rancangan mengakhiri larangan eksport ayam negara itu, dedah Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu di Parlimen semalam.



Beliau memberi respons kepada soalan yang diajukan Anggota Parlimen (AP) Encik Alex Yam (GRC Marsiling-Yew Tee), tentang sama ada pihak Malaysia sudah memberi sebarang tanda kepada Agensi Makanan Singapura (SFA) berkenaan bila ia mahu menghentikan larangan eksport ayam itu.



Pada hujung Mei lalu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan larangan eksport ayam ke luar negara dalam usaha menstabilkan bekalan dan harga dalam negara tersebut.



Berkenaan isu itu, Cik Fu juga telah ditanya Encik Gerald Giam (GRC Aljunied) mengapa Singapura lebih awal tidak meluluskan lebih banyak negara dari mana ayam boleh diimport untuk memastikan daya tahan bekalan makanan yang lebih baik.



"Awal sebelum ini, Menteri (Cik Fu) berkata bahawa keselamatan makanan adalah yang utama, dan itu bukan penghalang usaha kepelbagaian kita, jadi apa yang menjadi penghalangnya?" tanya Encik Giam.



Beliau turut bertanya sama ada terdapat sebarang usaha SFA untuk memberi insentif kepada pengimport ayam itik untuk mengimport ayam daripada sumber alternatif yang telah diluluskan.



Menjawab, Cik Fu menjelaskan bahawa satu peratus daripada ayam segar dan sejuk yang diimport ke Singapura berasal dari Thailand dan Australia.



Lagi 99 peratus adalah dari Malaysia.



"Salah satu sebab mengapa kita tidak mengakreditasi negara lain ialah kerana keselamatan makanan.



"Selain itu, dari masa ke semasa, negara-negara boleh terjejas dengan jangkitan zoonosis, seperti flu burung.



"Oleh itu, sistem semakan keselamatan makanan kami perlu mengambil kira faktor-faktor ini," kata Cik Fu.



Sementara itu, beliau menambah bahawa ramai pengimport memilih untuk mengimport ayam daripada Malaysia disebabkan jarak negara tersebut dengan Singapura, serta "sejarah perniagaan yang panjang antara Singapura dan Malaysia".



"Atas sebab kos kompetitif, pengimport akan cenderung kepada pasaran sumber yang paling kompetitif.



"Atas sebab persaingan, mereka juga mungkin enggan mencuba kawasan baru yang boleh meningkatkan kos, mereka mungkin enggan mencuba produk baru yang tidak biasa dengan pelanggan," jelasnya.



Oleh yang demikian, Cik Fu berkata terdapat keperluan menilai semula syarat pelesenan, meskipun ini mungkin menyebabkan ketegaran pada peraturan perniagaan.



"Tetapi kita mungkin perlu melakukannya kerana ia adalah pertukaran untuk menggalakkan perniagaan atau memerlukan perniagaan untuk mempelbagaikan (sumber mereka)," ulas beliau.




"Atas sebab kos kompetitif, pengimport akan cenderung kepada pasaran sumber yang paling kompetitif.



Atas sebab persaingan, mereka juga mungkin enggan mencuba kawasan baru yang boleh meningkatkan kos, mereka mungkin enggan mencuba produk baru yang tidak biasa dengan pelanggan."
- Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >