Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

M'sia laksana projek atasi sesak di sempadan Johor

Nov 12, 2022 | 09:20 PM



JOHOR BARU: Sebuah jawatankuasa khas kerajaan Malaysia sedang melaksanakan siri projek secara berperingkat untuk menangani kesesakan trafik kenderaan dan manusia di kedua-dua sempadan darat negara itu dengan Singapura, kata setiausaha agung Kementerian Ehwal Dalam Negeri, Encik Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, hari ini. (12 Nov)



Projek itu termasuk menambah 25 sistem pelepasan secara automatik bagi kenderaan Malaysia, mempertingkat kerja-kerja di terminal bas dekat Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Gelang Patah selain meneliti bayaran tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) bagi kenderaan dari Singapura.



Jabatan Imigresen berkata minggu lalu bahawa sekurang-kurangnya 12 daripada 48 laluan kenderaan di CIQ Gelang Patah kini boleh ditukar kepada ‘laluan kontra” untuk mengurangkan trafik yang datang dari Singapura pada hari mengundi Malaysia iaitu pada 19 November.



Ini bermakna 12 laluan yang selalunya digunakan bagi kenderaan yang keluar dari Johor boleh ditukar dengan cepat untuk menerima kenderaan yang datang dari Singapura.



Encik Wan Ahmad berkata Jawatankuasa Khas mengenai Kesesakan itu telah memperkenalkan 23 inisiatif untuk menangani kesesakan di sempadan darat Bangunan Sultan Iskandar (BSI) yang terletak di Koswe dan Kompleks Sultan Abu Bakar Complex (KSAB) di Laluan Kedua, Tuas.



Encik Wan Ahmad turut menambah bahawa sehingga 9 November, 13 daripada 23 inisiatif telahpun tamat dilaksanakan. Enam lagi sedang dilaksanakan dan empat projek masih belum dimulakan



Sempadan Johor-Singapura merupakan antara yang tersibuk di dunia.



Sebelum pandemik koronavirus, sekitar 415,000 menggunakan Koswe dan Laluan Kedua Tuas setiap hari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >