Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

M’sia mula terima saranan pulih semula projek HSR

Jul 12, 2023 | 04:03 PM



Malaysia menyatakan bahawa ia sedang mendapatkan saranan daripada syarikat setempat dan antarabangsa untuk memulihkan semula projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) antara ibu kotanya, Kuala Lumpur, dengan Singapura.

Projek HSR itu, yang menyasarkan pembinaan laluan rel sepanjang 350 kilometer, telah dibatalkan lebih dua tahun lalu selepas kedua-dua negara gagal bersetuju dengan beberapa saranan perubahan kepada projek tersebut.

Ia bertujuan mengurangkan masa perjalanan antara Singapura dengan Kuala Lumpur kepada sekitar 90 minit.

Pada masa itu, projek itu dianggarkan menelan belanja sekitar AS$17 bilion ($22.7 bilion).

Syarikat dari China, Jepun, Korea Selatan dan Eropah telah menyatakan minat untuk membina, mengendali dan membiayai kereta api dan aset rel.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, MyHSR Corp meminta sektor swasta mengemukakan saranan untuk membangun dan mengendalikan projek HSR Kuala Lumpur-Singapura melalui model perkongsian awam-swasta.

MyHSR Corp merupakan syarikat milik kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab bagi projek tersebut.

Syarikat itu dimiliki Menteri Kewangan Malaysia dan diselia Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Syarikat itu berkata sebelum ini, ia telah bekerjasama dengan beberapa syarikat swasta semasa peringkat awal untuk mengumpul maklumat dan memahami tahap minat, keupayaan dan keperluan sumber yang diperlukan untuk menjadikan projek HSR itu mampan.

Ia menambah bahawa untuk terus membantu kerajaan Malaysia membuat keputusan lebih baik, proses permintaan maklumat (RFI) akan dibuka kepada firma setempat dan antarabangsa untuk mengemukakan saranan konsep mereka.

Selain daripada menilai tahap minat, MyHSR Corp juga berkata RFI turut membolehkan kerajaan Malaysia menilai keupayaan industri untuk membiayai sepenuhnya projek tersebut.

Encik Fauzi Abdul Rahman, pengerusi MyHSR Corp, berkata projek itu akan menyediakan pilihan perjalanan baru yang lebih selamat, pantas, mampan dan cekap.

“Kami berterima kasih kepada kerajaan Malaysia atas sokongan padu terhadap projek HSR Kuala Lumpur-Singapura.

“Projek HSR Kuala Lumpur-Singapura akan membawa manfaat besar kepada rakyat, terutamanya dalam meningkatkan dan mengembangkan kedinamikan ekonomi dari Lembah Klang ke Koridor Selatan semenanjung dan akhirnya ke seluruh Malaysia,” tambah Encik Fauzi.

Sebelum ini, dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada 23 Ogos 2022, Kementerian Pengangkutan (MOT) menyatakan ia bersedia membincangkan sebarang saranan baru berkaitan projek HSR Kuala Lumpur-Singapura dan menantikan butiran saranan baru dari Malaysia.

Malaysia sebelum ini telah membayar Singapura pampasan bernilai lebih $102 juta bagi pembatalan projek HSR.

Menurut satu kenyataan bersama MOT dan Unit Perancangan Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri Malaysia pada Mac 2021, pembayaran sebanyak $102,815,576 dibuat bagi kos yang dikeluarkan Singapura untuk pembangunan projek HSR dan berkaitan dengan pelanjutan penangguhan projek itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >