Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MTI turunkan ramalan ekon S’pura tahun ini kepada 1.5-2.5%

May 21, 2019 | 01:27 PM



MENCERMINKAN permintaan sejagat yang lemah, ramalan pertumbuhan ekonomi Singapura diturunkan kepada 1.5-2.5 peratus tahun ini, dari ramalan awal sebanyak 1.5 hingga 3.5 peratus.



Ini setelah ekonomi tumbuh 1.2 peratus pada suku pertama dari Januari hingga Mac tahun ini, lebih rendah dari 1.3 peratus dicatatkan pada suku sebelumnya, menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI).



Pada suku pertama, perkilangan susut sebanyak 0.5 peratus selepas tumbuh 4.6 peratus pada suku keempat tahun lalu. Sektor itu terjejas akibat permintaan semikonduktor sejagat yang lemah yang menjejas elektronik dan kejuruteraan jitu.



Dalam sidang akhbar, Setiausaha Tetap MTI, Encik Gabriel Lim, berkata prospek pertumbuhan sejagat dikaburi oleh ketidaktentuan dan risiko.



“Terdapat risiko konflik dagangan akan bertambah buruk antara Amerika Syarikat dan rakan dagangan utamanya, terutama China. Jika ia berlaku dan menyebabkan kemerosotan mendadak keyakinan pengguna, pelaburan dan perniagaan akan merosot dan menjejas pertumbuhan sejagat,’’ kata Encik Lim.



Namun, ekonomi Singapura boleh mendapat sokongan dari pertumbuhan sektor maklumat dan komunikasi memandangkan permintaan kukuh bagi teknologi maklumat (IT) dan huraian digital.



Pertumbuhan segmen khidmat pendidikan, kesihatan dan sosial akan juga menyokong ekonomi, tambah MTI.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >