Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mufti: Asatizah perlu siap hadapi cabaran teknologi bijak

Jul 13, 2023 | 05:01 PM



Asatizah perlu lebih bersedia berhadapan dengan dunia yang merentas sempadan keagamaan, kewibawaan yang kian disangkal dan lemah, serta norma-norma baru yang timbul, kata Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir

Menyatakan demikian di sesi dialog Pusat dan Penyedia Pendidikan Islam (IECP) pada Khamis, Dr Nazirudin berkata pada masa ini, sektor agama perlu terus diperkukuh.

Ia termasuk dalam bidang mengekalkan bakat, meneruskan minat dalam pengajaran sedang bidang itu kurang diminati lulusan agama, mendorong para pendidik dan membangun sebuah pasukan pengajar di sebalik persaingan lebih sengit daripada sektor lain.

“Apa yang saya harapkan adalah sebuah masyarakat yang giat mengamalkan usaha mengukuhkan pendidikan agama sedang kita melayari dunia mencabar ini.

“Terdapat kebimbangan baru, realiti sosial yang lebih rumit, persoalan yang berbilang, dan interpretasi yang dicabar.

“Ini semua timbul di sebalik kebingungan dan kebimbangan dalam penggunaan teknologi yang meluas dalam usaha mengakses maklumat serta untuk belajar.

“Ini termasuk tentang agama, dan apa maknanya terhadap ketulenan, kewibawaan serta kepimpinan agama,” jelasnya.

Menyatakan demikian semasa berucap kepada sekitar 300 peserta yang terdiri daripada asatizah, pengetua, ketua pendidikan, pengarah dan pemilik IECP, Dr Nazirudin berkata bahawa “mesin (teknologi masa kini) masih lagi belajar, dan ia merupakan mesin yang belajar secara mendalam”.

“Tiada sesiapa atau pihak yang dapat menangani hal ini secara realistik.

“Lantas saya harap kita dapat terus bersatu dan menyokong satu sama lain dalam menangani cabaran sedemikian,” tambahnya.

Sementara itu, dalam ucapannya, Timbalan Ketua Eksekutif Muis, Encik Khairul Anwar, berkata tema ‘Cohort Tech’ ini amat sesuai digunakan dalam sesi tersebut.

“Ia memang sudah sedekad digunakan, namun kita kini berhadapan dengan rentak transformasi yang pantas.

“Adakah kita mampu berubah sepantas itu? Kita perlu.

“IEWG (Kumpulan Kerja Pendidikan Islam yang ditubuhkan pada 2019) memberi kita platform tersebut.

“Ia telah melakukan yang terbaik, membantu masyarakat Islam melayari Covid-19 dan membangunkan set jangkaan,” katanya.







Ditanya pandangannya tentang penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam pendidikan Islam, anggota IEWG, Ustaz Fathurrahman Dawoed, berkata:

“Meskipun AI merupakan teknologi yang berkembang luas, dan memberi cabaran kepada asatizah serta pusat pendidikan Islam, namun peluang yang ada juga sangat luas.

“Asatizah dapat mainkan peranan yang lebih penting tentang bagaimana mendidik anak murid khususnya dalam bidang akhlak, dari sudut nilai yang baik.

“Pendidikan sebegini kurang dapat dimainkan AI.”

Seorang panelis dalam sesi dialog itu, Profesor Bersekutu, Jabatan Komunikasi dan Media Baru, Universiti Nasional Singapura (NUS), Dr Elmie Nekmat, berkata hasil perbincangan dialog tersebut, beliau menganggap bahawa “teknologi membawa satu evolusi baru kepada pendidikan dan bukannya pengakhiran kepada pendidik”.

“Para panelis memberikan perkongsian mendalam tentang pelbagai cara berbeza di mana pendidik boleh manfaatkan teknologi secara berkesan untuk mengajar dan berhubung dengan pelajar, dan bagaimana untuk melibatkan kandungan berkaitan dengan AI dalam bilik darjah,” tambahnya.

Salah seorang peserta, Ustaz Muhammad Zuhal Abdul Lathif, dalam responsnya kepada wartawan:

“AI bukan persaingan atau ancaman. Seperti kata Mufti, AI masih terus belajar, maka pendidik perlu terus belajar dan belajar.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >