Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mufti: Cabaran asatizah bimbing Muslim harungi masa depan

Mereka digesa terus tingkat ilmu agar dapat bimbing masyarakat harungi isu lebih kompleks dalam konteks SG
May 21, 2022 | 05:30 AM



MUFTI Ustaz Dr Nazirudin Mohd Nasir menggesa asatizah dan pemimpin di sini agar sentiasa bersedia menghadapi pelbagai cabaran masa depan dan membimbing masyarakat Islam dengan penuh keyakinan.



Mereka juga perlu mempertingkat pengetahuan dan kemahiran agar bersesuaian dengan isu-isu lebih kompleks yang bakal dihadapi dalam konteks Singapura, tambahnya.



Antara cabaran yang mungkin dihadapi asatizah termasuk menilai perkara yang tiada contohnya dalam teks-teks agama, tiada kesamaan dengan pengalaman masyarakat Islam negara lain serta timbulnya perbezaan dalam keputusan atau tindakan yang diambil Singapura berbanding negara-negara Islam lain, kata Dr Nazirudin, menukil contoh pengalaman masyarakat Islam dalam mengharungi krisis pandemik Covid- 19.



Dalam pada itu, beliau turut menyentuh mengenai "kontroversi" penentuan Hari Raya tahun ini sambil menekankan pentingnya untuk terus berpegang kepada prinsip sendiri dalam menguruskan kehidupan agama masyarakat Islam setempat.



Namun, untuk melakukan demikian, masyarakat Islam perlu meletakkan kepercayaan dan keyakinan penuh terhadap kepimpinan asatizah setempat, katanya dalam ucapan semasa Majlis Hari Raya Asatizah bersama Mufti tahun ini yang diadakan secara fizikal buat julung kalinya di The Chevrons malam kelmarin yang turut disertai lebih 250 asatizah.



"Keputusan-keputusan kita barangkali berbeza dengan negara lain kerana perbezaan realiti, cabaran serta keperluan masing-masing.



"Kita perlu terus berlapang dada dan menghormati satu sama lain, tanpa merasa pendirian kita lemah atau harus diragui," katanya.



Memberi penjelasan lanjut mengenai perbezaan di antara negara-negara anggota Mabims (Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura) kali ini berkaitan penentuan awal Syawal, Dr Nazirudin menekankan bahawa pada prinsipnya kaedah-kaedah yang dilaksanakan adalah berdasarkan hadis dan berdiri di atas penilaian masing-masing, berdasarkan hujah nyata.



"Amat penting bagi saya dalam melaksanakan tugasan dan tanggungjawab untuk terus berpegang teguh pada suatu prinsip, walaupun ia mungkin tidak dianggap sebagai sesuatu yang penting bagi orang atau pihak lain.



"Kita akan dipertanggungjawabkan dengan perbuatan dan keputusan kita, bukan perbuatan dan keputusan orang lain," katanya sambil menambah perbezaan seperti itu kerap berlaku pada masa dulu dan akan berulang pada masa depan.



Selaras dengan itu, asatizah dan pemimpin agama perlu menilai situasi dan konteks dengan yakin, berbekalkan prinsip dan nilai kukuh, ujar Dr Nazirudin sambil menambah antara peranan penting yang dimainkan golongan itu adalah untuk membimbing masyarakat agar tidak mudah dipengaruhi kepalsuan dan kekeliruan yang mudah tersebar di media sosial ataupun di ruang lain.



"Sekurang-kurangnya, janganlah kita sendiri menambah kekusutan yang hari ini amat mudah berlaku, apatah lagi di atas sangkaan semata ataupun kurang ilmu dan kefahaman di luar bidang pengkhususan kita," ujarnya sambil menggesa asatizah agar memperkukuh pendekatan jama'i atau kolektif di Singapura, yang dipimpin Jawatankuasa Fatwa dan Lembaga Pengiktirafan Asatizah (ARB) dalam isu-isu yang terkait dengan masyarakat dan asatizah setempat.



Laporan lanjut: Mufti: Asatizah berperanan pelihara, perteguh institusi agama dalam konteks SG




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >