Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KONFLIK ISRAEL-PALESTIN

Mufti dan Ketua Rabai S’pura saling berkirim surat, tekankan nilai perpaduan

Oct 15, 2023 | 02:27 PM



Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir dan Ketua Rabai di Singapura, Rabai Mordechai Abergel, saling berkirim surat menekankan nilai keamanan dan perpaduan, di tengah-tengah ketegangan meningkat di Israel dan Palestin.

Mufti dalam suratnya bertarikh 13 Oktober melahirkan rasa sedih, bimbang dan dukacita terhadap peningkatan konflik dan keganasan melibatkan orang Yahudi dan Islam di Israel dan Palestin.

“Tiada tempat dan tiada alasan untuk sebarang bentuk keganasan dan kekejaman terhadap orang awam oleh sesiapa sahaja, termasuk oleh Hamas, atau dalam sebarang tindak balas.

“Hak orang awam untuk hidup aman mesti dilindungi sepanjang masa,” tulis Mufti.

Beliau turut menyatakan keprihatinannya mengenai Masjid Al-Aqsa di Al-Haram Al-Sharif, tapak ketiga paling suci bagi umat Islam selepas Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.

“Al-Aqsa terletak berhampiran dengan tempat suci Yahudi dan Kristian, dan peningkatan ketegangan di tapak ini baru-baru ini yang menjejas jemaah adalah punca kebimbangan yang mendalam bagi semua.”

“Konflik ini mempunyai sejarah yang panjang dan kompleks. Kitab suci kita menekankan keperluan manusia terhadap belas kasihan,” tambahnya.

Nilai murni seperti belas kasihan memastikan setiap masyarakat mempunyai hak asasi untuk mempercayai dan mengamalkan kepercayaan itu, untuk hidup dengan aman di dunia ini.

“Jika hak asasi ini terancam, ia hampir pasti akan mencetuskan permusuhan dan konflik. Dan mangsa dan kerugian terbesar dalam peperangan dan konflik adalah kemanusiaan itu sendiri, apabila ia kehilangan sifat keprihatinan, belas kasihannya terhadap kesejahteraan orang lain.

“Saya berdoa dan berharap kedua-dua masyarakat Yahudi dan Islam di zon konflik dapat bekerja secara kolektif untuk membebaskan diri mereka daripada ditakrifkan dan dikekang oleh politik masa kini, dan berusaha untuk hidup dengan model berbeza sikap hormat, toleransi dan keharmonian.

“Terdapat ramai orang Yahudi dan Islam yang mementingkan keamanan dan tidak mahu konflik. Mereka telah bekerja keras untuk mewujudkan masyarakat yang aman. Seperti kita, mereka mahu menjalani kehidupan yang membina dan bahagia.”

Dr Nazirudin berharap Singapura dapat berkongsi model kewujudan bersama dengan masyarakat di kawasan yang terjejas dan menyampaikan kepentingan mendesak hubungan aman kepada pemimpin mereka.

“Walaupun menghadapi cabaran yang amat berat, mencapai hubungan aman bukanlah sesuatu yang mustahil dan ia perkara yang paling mendesak.”

Membalas surat Mufti, Rabai Abergel menegaskan bahawa keutamaan yang paling penting adalah untuk masyarakat di sini untuk bersatu padu dalam hari-hari akan datang.

“Terpulang kepada kita dan masyarakat kita untuk memastikan bahawa kita melindungi dan mengekalkan fabrik halus masyarakat kita yang unik yang merupakan contoh toleransi agama dan rasa hormat di seluruh dunia,” kata Rabai Abergel.

Sambil menyatakan kesedihan yang dialami oleh masyarakat Yahudi, beliau menambah:

“Hati dan doa kami juga bersama orang awam Palestin yang tidak bersalah yang telah kehilangan nyawa mereka dalam konflik yang tidak masuk akal ini, dan kami berharap dan berdoa untuk penyelesaian yang aman dan berpanjangan untuk perang ini. dan keamanan kekal antara Israel dengan rakyat Palestin, yang sukar difahami ketika ini.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >