Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Khutbah: Islam tolak keganasan, kezaliman

Ia bercanggah dengan ajaran, panduan agama; khutbah disampaikan sewaktu solat Jumaat 
Oct 14, 2023 | 05:30 AM



Segala bentuk keganasan dan kezaliman, tidak kira siapa pencetusnya, tidak serasi dengan identiti masyarakat Islam di Singapura kerana ia bercanggah dengan ajaran serta panduan agama.

Justeru, dalam masyarakat Islam di sini berasa gelisah, sedih dan marah apabila mendengar kesakitan dan penderitaan yang dilanda sebahagian negara, penting juga untuk kita berdoa agar keamanan dapat dikembalikan, dan segala kekejaman dan kezaliman dapat dilenyapkan.


Demikian intipati teks khutbah Jumaat yang disiapkan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan disampaikan di serata masjid negara ini susulan ketegangan konflik dan peperangan di bumi Palestin yang semakin meningkat dan meragut ribuan nyawa.

“Melihat anak-anak menjadi yatim dengan sekelip mata. Rumah-rumah hancur musnah dalam sekelip mata. Inilah yang sekarang kita saksikan dalam konflik di negara Palestin. Ia merupakan perkara yang sangat penting dan mendesak. Ini bukan hanya menjejaskan pengikut-pengikut Islam, tetapi juga seluruh umat manusia,” kata khutbah.

Setakat ini, serangan pihak Hamas menyaksikan lebih 1,300 warga Israel maut sementara lebih 1,500 rakyat Palestin dibunuh akibat tindak balas tentera Israel, menurut laporan Reuters.


Dengan pergolakan yang kian meningkat di Palestin, masyarakat Islam Singapura digesa untuk memohon dan berdoa agar ketenangan, kedamaian dan keamanan kembali semula.

Ia juga menyeru agar masyarakat Islam menyebarkan kedamaian dengan seluas-luasnya dan sebanyak mungkin kepada umat manusia, dan membalas kejahilan dengan kedamaian dan kebaikan, seperti yang diajarkan oleh Islam.

“Ia mencerminkan kebaikan dalam setiap tingkah laku kita, ucapan kita, reaksi kita terhadap kejadian di sekeliling kita. Terutamanya apabila perbuatan tersebut mencabar nilai-nilai agama serta prinsip kita.

“Atas dasar ini juga, kita mengamalkan agama serta mencorak kehidupan masyarakat Islam kita yang cinta pada kedamaian dan benar-benar menghargai nikmat ini,” kata Muis.

Khutbah tersebut turut mengajak masyarakat Islam Singapura untuk menghayati bagaimana Nabi Muhammad saw menanam asas-asas keamanan serta kedamaian dalam kehidupan umat manusia ketika beliau berhadapan dengan konflik serta perbalahan antara puak-puak di Madinah.


“Rasulullah saw sebagai pemimpin negara berbilang kaum dan anutan, menghadapi cabaran besar ini dengan berusaha untuk menyatupadukan penduduk Madinah dan Makkah serta memupuk integrasi dan perdamaian yang berkekalan.


“Ketika berada di kemuncak perbalahan ataupun peperangan, Al-Quran mengajar kita untuk berdamai apabila perdamaian ditawarkan,” kata Muis.

Para jemaah turut membaca doa Qunut Nazilah semasa sembahyang Jumaat itu.

Pada Khamis, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, berkata warga Singapura tidak seharusnya membenarkan kejadian luar negara seperti peperangan Israel-Hamas menjejas keadaan dalaman di sini, tetapi sebaliknya mengekalkan keamanan kaum dan agama yang ada di Singapura.

Beliau berkata peperangan seperti yang sedang berlaku di Gaza akan membangkitkan banyak emosi bukan sahaja di Singapura, malah di seluruh dunia, dan akan menyebabkan “perpecahan yang mendalam”.

Laporan lanjut di Muka 2, 8 & 9




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >