Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Mufti dilantik anggota Majlis Presiden bagi Keharmonian Agama

Sep 22, 2023 | 12:23 PM



Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir adalah antara 10 individu yang dilantik sebagai anggota Majlis Presiden bagi Keharmonian Agama (PCRH) untuk tempoh tiga tahun, berkuat kuasa 15 September 2023.

Anggota lain termasuk mantan Hakim Kanan, Encik Chao Hick Tin, yang dilantik pengerusi majlis tersebut; Uskup Agung Roman Katolik, Kardinal William Goh; dan Presiden Persekutuan Buddha Singapura, Venerable Seck Kwang Phing.

Encik Chao akan menggantikan tempat mantan pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Encik Eddie Teo.

Menurut satu kenyataan Pejabat Presiden pada Jumaat, PCRH ditubuhkan di bawah Akta Mengekalkan Keharmonian Agama.

Pengerusi dan anggotanya dilantik oleh Presiden.

Majlis itu memberi nasihat kepada Menteri Ehwal Dalam Negeri mengenai perkara yang mempengaruhi usaha mengekalkan keharmonian agama di Singapura yang dirujuk kepadanya oleh menteri atau Parlimen.

Majilis itu juga membuat pertimbangan dan mengemukakan saranannya kepada Presiden mengenai Perintah Sekatan yang dikeluarkan di bawah akta tersebut.

PCHR terdiri daripada wakil-wakil agama utama di Singapura dan anggota awam.

Anggotanya lain termasuk:

  • Uskup Emeritus Wee Boon Hup, mantan Presiden Majlis Kebangsaan Gereja-Gereja Singapura;
  • Encik Surjit Singh Wazir Singh, mantan Pengerusi Lembaga Penasihat Sikh;
  • Encik M Rajaram, mantan Presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan India Singapura, yang juga pemegang amanah Persatuan Pembangunan India Singapura;
  • Profesor Madya Lee Cheuk Yin, penasihat akademik kepada Persekutuan Tao dan Misi Tao;
  • Cik Juthika Ramanathan, ketua eksekutif, Pejabat Ketua Hakim Negara di Mahkamah Mahkamah Agung; serta
  • Profesor Lily Kong, Presiden dan Pengerusi Profesor Sains Sosial Lee Kong Chian di Universiti Pengurusan Singapura.

Dr Nazirudin, 46 tahun, adalah lulusan ijazah Doktor Falsafah (PhD) daripada Universiti Oxford.

Beliau memulakan kerjaya di Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) sebagai eksekutif di Jabatan Agama pada 2002 dan seterusnya mendaki tangga kerjaya dalam beberapa jabatan sebelum dilantik sebagai Mufti pada 2020.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >