Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mufti gesa Muslim dapatkan vaksinasi Covid-19

Tekankan keutamaan lindungi nyawa, jaga keselamatan orang awam
Dec 15, 2020 | 05:30 AM



MUFTI Dr Nazirudin Mohd Nasir memberi jaminan bahawa penggunaan vaksin Covid-19 dibolehkan berlandaskan ajaran dan syariat agama, sambil menggesa masyarakat Islam di sini supaya mendapatkan vaksinasi tersebut apabila ia disediakan.



Bercakap kepada media di pejabat Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) di Braddell Road semalam, beliau menegaskan bahawa keutamaan kini adalah untuk melindungi nyawa serta menjaga keselamatan orang awam agar kegiatan keagamaan dan sosial dapat disambung semula dengan cara yang selamat.



"Saya rasa apa yang lebih penting sekarang adalah dalam konteks pandemik yang melanda dunia, apabila anda melihat pada keperluan vaksin, ia menjadi salah satu keperluan asas untuk melindungi nyawa.



"Ini adalah objektif yang jelas yang juga merupakan sebahagian daripada ajaran Islam, dan kami berharap agar panduan ini dapat memberi jaminan kepada masyarakat Islam di sini.



"Oleh itu, saya menggalak mereka supaya mendapatkan vaksin sebaik ia disediakan dan disahkan selamat untuk digunakan sebagai sumbangan kita (kepada masyarakat)," katanya.



Dr Nazirudin akur bahawa terdapat kebimbangan dari beberapa negara Islam berhubung bahan yang digunakan pada vaksin itu.



Lantaran itu, irsyad yang dikeluarkan Pejabat Mufti kelmarin bertujuan memberi jaminan bahawa ia boleh digunakan.



Beliau turut memberi contoh mengenai beberapa fatwa yang pernah dikeluarkan sebelum ini bagi membantu dalam menangani wabak.



Muis telah mengeluarkan Fatwa Vaksin Rotavirus yang membenarkan kanak-kanak mendapat perlindungan daripada bahaya virus yang boleh mengancam nyawa mereka pada 2013 dan fatwa Penggunaan Heparin, pencair darah yang mengandungi enzim babi, pada 2015.



Dalam pertimbangannya berkaitan hukum berubat dengan bahan yang berasal daripada sumber tidak suci, Jawatankuasa Fatwa pada ketika itu juga mengambil kira konsep istihalah iaitu di mana bahan asal berubah bentuk dan sifat, dari itu ia tidak dianggap lagi sebagai haram.



Kededua fatwa ini memberi keyakinan kepada pesakit akan keanjalan dan ruang dalam perundangan Islam yang membenarkan mereka memperoleh rawatan paling berkesan untuk membantu pesakit memperbaiki mutu kesihatan dan hidup mereka.



"Kami sangat beruntung kerana sebelum ini kami mempunyai fatwa atau peraturan agama yang bertepatan dengan jenis vaksin dan ubat terapi yang serupa, dan mungkin mengandungi beberapa bahan yang tidak dibenarkan (dalam Islam) pada tahap awal pengeluaran ubat atau vaksin ini, tetapi mereka telah melalui pelbagai proses kimia dan seperti penapisan.



"Bahan tersebut akhirnya bertukar bentuk yang diizinkan kerana ia telah mengubah bentuk dan sifatnya, sesuai dengan prinsip Islam," tambah Dr Nazirudin.



Dalam pada itu, Dr Nazirudin turut memuji sikap rakyat Singapura dalam menangani Covid-19 sepanjang tempoh ini sambil berkata "kita telah maju bersama sebagai satu masyarakat, saling memberi jaminan bahawa kita akan menjaga keselamatan orang ramai".



Beliau berkata: "Kita mengambil semua langkah pengurusan selamat dengan serius, terutama di tempat beribadah atau organisasi keagamaan.



"Banyak penyesuaian yang telah dibuat bagi memastikan kita terus mematuhi langkah-langkah yang diperkenalkan dan berkelakuan selamat dan bertanggungjawab."



Justeru beliau yakin dengan adanya panduan dan pemahaman yang lebih mendalam, lebih ramai masyarakat di Singapura dan juga masyarakat Islam secara amnya, akan mengambil vaksin itu.



"Apa yang mereka perlukan adalah keyakinan bahawa penggunaan vaksin ini selamat dan berkesan. Dan di sini saya fikir adalah peranan setiap badan pengawal seliaan untuk memberikan jaminan itu dan kami percaya ia dapat dilakukan," ujar beliau.




"Saya rasa apa yang lebih penting sekarang adalah dalam konteks pandemik yang melanda dunia, apabila anda melihat pada keperluan vaksin, ia menjadi salah satu keperluan asas untuk melindungi nyawa. Ini adalah objektif yang jelas merupakan sebahagian dari ajaran Islam, dan kami berharap agar panduan ini dapat memberi jaminan kepada masyarakat Islam di sini. Oleh itu, saya menggalak mereka untuk mendapatkan vaksin sebaik ia disediakan dan disahkan selamat untuk digunakan sebagai sumbangan kita (kepada masyarakat)."
- Mufti Dr Nazirudin Nasir




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >