Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mufti: Ikatan persahabatan eratkan sokongan di masa mencabar

Mufti utus warkah ucap selamat kepada ketua badan Buddha S'pura sempena Hari Vesak
May 27, 2021 | 05:30 AM



MUFTI Dr Nazirudin Md Nasir berkata ia amat penting bagi masyarakat untuk mempunyai tujuan hidup sedang mereka melalui gelombang pandemik yang mencetuskan kebimbangan dan kerisauan.



Pada masa sama, ikatan persahabatan yang kuat akan terus menyatukan dan menyokong anggota masyarakat agar kekal kukuh.



Itulah antara isi kandungan suratnya kepada Presiden Persekutuan Agama Buddha Singapura Venerable Seck Kwang Phing, untuk menyampaikan ucap selamat sempena Hari Vesak.



Dalam surat bertarikh 25 Mei itu, Dr Nazirudin berkata Hari Vesak adalah antara hari-hari teramat penting bagi penganut Buddha kerana antara lain, ia memperingati usaha Gautama Buddha mencari penyelesaian bagi kesengsaraan manusia dan keyakinannya bahawa ada jalan keluar daripada kesengsaraan itu.



"Ini adalah peringatan yang menyedihkan bagi kita dalam masa yang sukar dan tidak menentu ini," kata Dr Nazirudin.



"Buat masa ini, adalah lebih relevan bagi masyarakat-masyarakat kita untuk terus menjalani kehidupan dengan tujuan yang sewajarnya, sedang kita mengharungi hidup dalam keadaan pandemik yang masih menyebabkan kebimbangan dan kerisauan.



"Pada masa yang sama, jalinan ikatan persahabatan kuat antara kita akan terus membantu kita bersatu, selagi kita terus menyokong satu sama lain untuk bangkit dari cabaran ini bersama sebagai satu masyarakat."



Surat itu dikongsi oleh Pusat Harmoni @ An-Nahdhah menerusi Facebook.



Dalam catatannya di Facebook, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata pada hari-hari biasa, penganut agama Buddha akan berkumpul di kuil untuk upacara sembahyang mereka.



Meskipun ada kuil yang masih dibuka tahun ini, langkah-langkah keselamatan telah dilaksanakan untuk melindungi penganut, tambah PM Lee.



"Walaupun anda tidak boleh mengunjungi kuil, saya harap anda terus mengamalkan nilai-nilai Buddha; bersikap baik, sabar, murah hati dan belas kasihan.



"Ini merupakan sesuatu yang diperlukan lebih dalam dunia, terutama sekali semasa pandemik ini," tulisnya.



Penganut agama Buddha di Singapura menyambut Hari Vesak semalam di alam maya, tetapi kuil-kuil di sini sedang meneroka cara mereka boleh melibatkan lebih ramai warga emas yang tidak dapat mengikuti kegiatan di dalam talian.



Tahun ini, dengan peraturan diperketat untuk mengekang penularan Covid-19 dalam masyarakat, kegiatan telah dikurangkan dan tiada kegiatan atau perarakan sampingan diadakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >