Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mufti lahir harapan masyarakat Islam-Kristian dapat terus jalin ukhuwah

Dec 27, 2021 | 05:30 AM



MUFTI Dr Nazirudin Mohd Nasir melahirkan harapan agar masyarakat Islam dan Kristian dapat terus menjalin ukhuwah yang baik dan sama-sama menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan.



Ini dinyatakan dalam dua surat yang ditulis bagi mewakili masyarakat Melayu/Islam Singapura yang diutuskan kepada dua pemimpin Kristian iaitu Ketua Biskop William Goh dan Reverend Canon Dr Titus Chung.



"Jesus (Nabi Isa) adalah satu sosok penting dalam kedua-dua tradisi agama kita dan kelahirannya sememangnya satu mukjizat. Di samping itu, umat Islam percaya Nabi Isa mempunyai keupayaan luar biasa, iaitu menyembuhkan seseorang - suatu anugerah yang dikurniakan Tuhan sebagaimana disebutkan dalam Quran (3:49) dan tertulis dalam Kitab Injil (8:22-25)," kata Mufti.



Dalam surat yang dikirim kelmarin itu, Dr Nazirudin berkata sama seperti bagaimana Jesus memenuhi keperluan semua dan memastikan tiada yang ketinggalan.



Dr Nazirudin menambah bahawa masyarakat Singapura juga perlu saling membantu golongan memerlukan dalam mengharungi dunia pasca Covid-19.



Mufti turut mengucapkan tahniah kepada gereja Katolik atas ulang tahunnya yang ke-200 di Singapura.



"Semoga Tahun Baru membawa bersamanya harapan dan masa-masa lebih baik.



"Saya berharap dapat bertemu anda (semua) secara fizikal dalam waktu terdekat," kata Mufti dalam utusan suratnya itu yang disiarkan di laman Facebook Pusat Harmoni - HA Singapore.



"Pada perayaan Krismas ini, kami ingin menyampaikan ucapan selamat kepada masyarakat Kristian di Singapura," tulis Dr Nazirudin.




"Semoga Tahun Baru membawa bersamanya harapan dan masa-masa lebih baik.



"Saya berharap dapat bertemu anda (semua) secara fizikal dalam waktu terdekat...



Pada perayaan Krismas ini, kami ingin menyampaikan ucapan selamat kepada masyarakat Kristian di Singapura."
- Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir dalam surat yang diutuskan kepada pemimpin Kristian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >