Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mufti: Sebarkan rahmah menerusi pengetahuan, amal, kebajikan

Sep 09, 2018 | 11:41 AM



Lebih 2,000 orang menghadiri Bicara Perdana Mufti di Community Auditorium @ Our Tampines Hub pada Sabtu malam (8 September).



Ceramah Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram itu adalah acara besar Festival Masyarakat Salam Singapura yang disiarkan secara langsung di media sosial.



Sepanjang kuliah selama tiga jam itu, Dr Mohamed Fatris menjelaskan  tentang pelbagai konsep rahmah yang berasal daripada tema 'Menggapai Rahmah, Mencapai Jannah - Rahmah: Kunci ke Syurga'.



Berkongsi pandangan peribadinya dan memetik contoh-contoh bagaimana pelbagai konsep rahmah dapat ditunjukkan secara aktif dalam kehidupan, beliau menggesa umat Islam Singapura supaya mengembangkan perbuatan rahmah melalui penyebaran pengetahuan, perbuatan amal dan kebajikan.



Dr Fatris juga menekankan perlunya pemikiran agama membentuk aspirasi kita seperti yang dicontohkan oleh Nabi Muhammad saw.



"Dengan masyarakat Islam yang lebih berpendidikan dan hidup selesa, saya harap kita tidak hanya dapat menangani masalah sosial secara lebih berkesan, malah menjadi masyarakat  yang sumber dan kepakarannya akan memainkan peranan penting kepada rakyat Singapura.



"Bagaimanapun, untuk mencapai ini, kita tidak mampu bekerja dan berfungsi dalam ruang sendiri; kita perlu memahami dan menganalisis keadaan, menggabungkan sumber dan kepakaran kita, dan berkumpul sebagai masyarakat untuk meningkatkan mutu kehidupan masyarakat yang lebih besar," kata beliau.



Di majlis itu, Mufti bersama Menteri Sekitaran dan Sumber Air yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, bersama Presiden Muis Mohammad Alami Musa dan Ketua Eksekutif Muis Abdul Razak Maricar melancarkan Siri Irsyad Kontemporari.



Buku kecil itu menyediakan panduan dan rangka kerja yang membolehkan umat Islam menjalani kehidupan agama dengan yakin lagi bermakna yang sesuai dengan konteks Singapura.



Versi PDF penerbitan dalam talian boleh didapati di laman web Muis yang boleh diakses di URL berikut goo.gl/qrDWev dan boleh dimuat turun daripada aplikasi mudah alih MuslimSG Muis.



Sepanjang kuliah, satu pasukan profesional bahasa isyarat memberikan terjemahan langsung ceramah Mufti, memastikan orang Islam yang menghadapi masalah pendengaran mendapat manfaat daripada ceramah tersebut.



Di media sosial, Bicara Perdana Mufti memperoleh sejumlah 32,000 pandangan di Facebook secara langsung.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >