Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Khutbah Aidilfitri

Mufti: Tingkat kerohanian, bina keyakinan diri dalam agama, tambah pemahaman agama lain

Jun 15, 2018 | 12:35 PM



 



 



Masyarakat Islam Singapura perlu terus membina kerohanian jitu untuk mempertingkat keyakinan diri tentang hidup keagamaan dan tidak keraguan apabila menambah pengetahuan tentang agama lain.



Malah, pemahaman lebih meluas ini boleh membantu orang Islam menerangkan tentang Islam kepada orang bukan Islam dalam suasana muhibbah dan membantu kita memperkukuh kepercayaan keagamaan kita, kata Mufti Singapura, Ustaz Dr Mohamad Fatris Bakaram dalam khutbah Hari Raya Aidilfitri di Masjid Sultan pada 15 Jun.



“Umat Islam pada hari ini tidak boleh bertindak untuk menyelamatkan aqidah dan agamanya dengan hanya berlari menjauhkan diri daripada realiti kehidupan dan dunia. Sampai bila kitabertanggapan bahawa kerohanian kita selamanya rapuh, sehingga perlu kita berlindung ketakutan di sebalik tembok-tembok igauan kita sendiri?” kata Dr Fatris.



“Kita ingin dan berharap dapat membangunkan generasi Muslim akan datang yang mempunyai pemahaman yang mendalam tentang agama mereka dan memahami ajarannya. Pada masa yang sama, mereka juga yakin akan pegangan agama mereka, sehingga tidak kira di mana mereka berada, kita berasaaman dantenang bahawa mereka adalah Muslim kerana kefahaman dan kepercayaan, dan bukan semata-mata kerana dilahirkan sebagai Muslim tanpa penghayatan,” tambah beliau.



Ribuan jemaah membanjiri Masjid Sultan di Muscat Street, pada 15 Jub untuk menunaikan solat Aidilfitri.



Turut menunaikan solat di sana ialah Presiden Halimah Yacob dan suaminya, serta Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >