Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DIALOG PEMIMPIN MASYARAKAT BERSAMA PM LEE

Mufti: Ubah dasar perlu ambil kira keperluan agama, perkukuh hubungan antara masyarakat

Apr 11, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA kini berada dalam kedudukan lebih baik untuk membuat perubahan dasar mengenai tudung jururawat, hasil daripada kerja keras pelbagai masyarakat dalam memupuk kepercayaan selama ini, kata Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir.



Isu tersebut memerlukan keseimbangan yang bukan sahaja mengambil kira keperluan keagamaan, bahkan keperluan untuk memperkukuh talian dan hubungan antara masyarakat.



Ini merupakan keseimbangan yang mudah rapuh, dan 'memerlukan semua pihak untuk memberi sumbangan mereka dengan cara yang tenang', kata Mufti.



"Saya fikir hasil daripada kerja keras masyarakat-masyarakat kita dalam menjalin kepercayaan dan keyakinan lebih tinggi, kami berada dalam kedudukan lebih baik sekarang untuk beralih dengan perubahan sedemikian.



"Saya berharap kami akan terus memberi sokongan, dalam bekerjasama dengan agensi relevan untuk memastikan perubahan dasar ini akan membawa kepada masyarakat yang lebih kukuh dan lebih bersatu padu," ujar Dr Nazirudin, sambil menambah, langkah diambil tidak harus menjejas perpaduan, bahkan meluaskan ruang bersama.



Beliau berkata demikian semalam ketika ditemui media selepas dialog tertutup antara Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan pemimpin masyarakat Melayu/Islam mengenai isu tudung jururawat.



"Perbincangan seperti yang diadakan hari ini (semalam) di mana pemerintah bersama dengan pemimpin-pemimpin masyarakat, para asatizah, sangat penting agar kita dapat mendengar perspektif yang berbeza dan juga mempertimbangkan seluruh pertimbangan yang perlu diperhatikan dalam memikirkan huraian yang terbaik untuk menyahut hasrat tersebut tapi pada masa yang sama, dapat terus kekalkan kesatuan antara masyarakat di Singapura," ujarnya.



Mengenai peranan asatizah dalam hal ini, Mufti berkata asatizah di Singapura akan sentiasa mementingkan pendekatan mencari huraian dalam suasana konteks kehidupan di Singapura, dan memahami kerumitan beberapa isu.



"Saya kira semangat ini dan sikap ini akan berterusan untuk terus membimbing masyarakat agar kita menghadapi isu ini dan juga peralihan polisi dalam isu pemakaian tudung bagi jururawat dengan berhati-hati, dengan tujuan agar apa pun perubahan kepada polisi tak membawa akibat atau sesuatu kesan yang tidak dijangkakan.



"Dengan langkah yang kita ambil ke hadapan untuk maju bersama sebagai satu masyarakat Singapura, kita tak mahu mengambil beberapa langkah ke belakang kerana timbul reaksi yang menimbulkan keraguan atau pun menimbulkan tanda tanya tentang kehidupan keagamaan kita kepada masyarakat lain," kata Dr Nazirudin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >