Subuh
5:37
Syuruk
6:53
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:00
Isyak
8:09
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

MENJELANG RAYA

Muhammadiyah rayu sumbangan ramai

Kempen kumpul dana sempena Ramadan masih jauh dari sasaran
May 08, 2021 | 05:30 AM

KEMPEN mengumpul dana Persatuan Muhammadiyah sempena Ramadan ini masih jauh di bawah sasarannya dengan hanya sepertiga terkumpul menjelang hari-hari terakhir bulan mulia ini.

Antara kemungkinan utama adalah anggota masyarakat terjejas oleh wabak Covid-19 dari segi pendapatan mereka, di samping semakin banyak pertubuhan lain memanfaatkan Ramadan untuk mengumpul dana masing-masing.

Justeru, badan amal itu merayu orang ramai agar tampil menderma demi menyokong pertubuhan itu membantu golongan memerlukan selain membiayai pelbagai program kebajikan kendaliannya.

Memberitahu Berita Harian (BH), Pengurus Unit Komunikasi Korporat dan Pensumberan persatuan itu, Encik Mohamad Eznillah Razali, berkata pihaknya sejauh ini mengumpul sekitar $100,000 berbanding sasaran $300,000 bagi kempen Ramadannya.

"Biasanya lebih banyak sumbangan akan mula diberi dalam 10 hari terakhir Ramadan tetapi pada peringkat ini, jumlahnya masih di bawah jumlah yang disasarkan.

"Ini mungkin disebabkan oleh masyarakat kita yang terjejas oleh wabak Covid-19 dari segi pendapatan mereka. Tahun lalu dengan sokongan masyarakat, kami berjaya mengumpul lebih $300,000," kongsinya.

Beliau berkata dengan sokongan kewangan itu pada tahun lalu, pihaknya dapat membantu lebih 500 keluarga berpendapatan rendah dan lebih 2,000 pekerja migran di sini.

"Kami mahu mengumpul lebih banyak tahun ini untuk membolehkan kami membantu lebih banyak keluarga dan benefisiari, dan melakukan lebih banyak lagi buat mereka," tambahnya.

Mengenai bilangan penerima zakat yang dibantu Persatuan Muhammadiyah tahun ini, Encik Mohamad Eznillah berkata lebih 700 keluarga menerima sejumlah $150,000 dari segi bahan makanan dan wang tunai.

Agihan pertama telah diadakan sebelum Ramadan, dengan agihan kedua pada 1 Mei lalu.

Beliau memaklumkan bahawa setiap hari sejak awal Ramadan, pihaknya menerima kunjungan penderma yang datang ke persatuan itu untuk membayar zakat dan fidyah.

"Ini adalah perkara positif walaupun jumlahnya lebih rendah daripada biasa sehingga separuh pertama Ramadan ini.

"Apa yang kami perhatikan kali ini adalah lebih ramai orang lebih gemar datang ke pejabat kami dan memberi sumbangan mereka, berbanding melalui cara digital tahun lalu," kongsinya.

Menekankan kepentingan persatuan itu menerima dana antaranya melalui zakat dan fidyah, Encik Mohamad Eznillah berkata pihaknya mampu mengagihkan zakat yang diterima kepada semua lapan asnaf.

"Selain itu, sebagai badan amal, kami bergantung sepenuhnya kepada dana yang kami terima daripada masyarakat.

"Hanya dengan sokongan bantuan ini dapat kami jayakan pelbagai program amal kami," katanya lagi.

Persatuan Muhammadiyah juga antara lain mentadbir institusi seperti Rumah Kebajikan Muhammadiyah; Pusat Kesihatan dan Jagaan Siang Hari Muhammadiyah (Warga Emas); Agensi Keluarga Titipan (Projek Sinar Ihsan); Tadika Muhammadiyah; Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah dan Kolej Islam Muhammadiyah.


CARA DERMA, BAYAR ZAKAT/FIDYAH KEPADA MUHAMMADIYAH

- TUNAI/NETS/CEK

Di Pusat Muhammadiyah, 14 Jalan Selamat, S (418534)

(Isnin-Sabtu: 9.30 pagi - 9.30 malam; Ahad: 5.30 petang - 9.30 malam

- DI KURNIA@WGS

(Lantai 3 Wisma Geylang Serai; Isnin - Jumaat: 10 pagi - 6 petang)

- DALAM TALIAN/MELALUI KAD DEBIT ATAU PAYNOW

(di: https://muhammadiyah.org.sg/zakat)

- PAYNOW

Beri sumbangan ke nombor UEN: S58SS0020C (Isikan Zakat/Fidyah/Infaq_HP di 'Reference Code' dan hantarkan tangkap layar melalui WhatsApp 8408-4326

- CEK BERPANGKAH

Dikirim kepada MUHAMMADIYAH ASSOCIATION dan tuliskan nama, nombor telefon serta 'Zakat' di belakang cek. Hantarkan ke Persatuan Muhammadiyah, 14 Jalan Selamat, S (418534)

- KUTIPAN DARI RUMAH

Hubungi kami di 6242-7388 atau WhatsApp 8408-4326 untuk membuat janji temu. Kami terima wang tunai dan Nets.

- PEMINDAHAN BANK (BANK TRANSFER)

Ke DBS A/C NO: 017-005202-0. Isikan Zakat/Fidyah/Infaq_HP di dalam 'Remarks'. Hantarkan tangkap layar ke WhatsApp 8408-4326.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3