Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CATATAN WARTAWAN

Muhasabah diri ‘tahun pertama’ bekerja sebagai wartawan

Aug 10, 2023 | 05:30 AM



Pejam celik pejam celik, kita sudah pun berada dalam bulan Ogos. Tidak lama lagi, tahun baru akan hampir tiba.

Sedang Singapura menyambut hari lahirnya ke-58, saya bakal menyambut ulang tahun pertama bekerja di Berita Harian menjelang Oktober.


Saya telah bekerja di akhbar ini selama lapan bulan tetapi rasanya seolah-olah saya sudah bertugas sebagai seorang wartawan lebih lama daripada itu.

Apabila saya pertama kali menjejak masuk bilik berita, saya sungguh ghairah membuat liputan dan memberi ‘suara’ kepada golongan kurang bernasib dan mereka yang mempunyai kisah menarik.

Alhamdulillah, kini sedang saya menghampiri ulang tahun pertama di sini dalam dua bulan lagi, saya bersyukur perasaan ghairah dan teruja untuk bertugas masih ada.

Bekerja sebagai wartawan tidak seperti pekerjaan lain yang pernah saya lakukan sebelum ini.

Apabila tidak berada di dalam pejabat, saya sering berada di majlis dan acara untuk membuat liputan dan dari situ, saya dapat berbual dengan orang ramai daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Perbualan saya bersama mereka sering membuka mata saya terhadap hal ehwal semasa dalam negara dan saya dapat mendengar cerita yang tidak terperi dalam masyarakat.

Saya juga kini lebih prihatin terhadap apa yang dikeluarkan dalam talian atau ruang digital.

Sebagai contoh, liputan saya mengenai Cik Mardiana Hassan, seorang ibu tunggal yang kehilangan kedua kakinya akibat kencing manis, tidak mungkin diterbit jika saya tidak melayari media sosial.

Saya mendapat tahu tentang Cik Mardiana apabila saya terlihat catatan di LinkedIn daripada Persatuan Derma Amanah Muslimin (MTFA).

Selain Cik Mardiana, saya juga mendapat tahu melalui media sosial tentang Encik Ismail Weiliang, seorang perunding iklim yang menguruskan badan bukan meraih untung, The Waterbender SG, bagi menyalurkan air minuman bersih kepada kawasan luar negara yang memerlukan.

Apa yang menjadikan bidang kewartawanan begitu menyegarkan adalah saya dapat mendengar kisah yang berbeza daripada individu dari pelbagai lapisan masyarakat dan perjalanan hidup.

Kedua-dua Cik Mardiana dan Encik Ismail mempunyai kisah yang sangat berbagai dan mereka masing-masing telah memberi saya pengajaran berharga yang saya harap berjaya dikongsi melalui penulisan saya.

Selain itu, saya juga berpeluang untuk membuat liputan di luar negara pada Februari mengenai gempa bumi yang melanda Turkey.

Membaca tentang gempa bumi itu dan mengalami kesannya secara peribadi adalah berbeza sama sekali.

Walaupun saya tidak dapat berkongsi perjuangan dan kisah hidup setiap penduduk Turkey yang terjejas, saya rasa bersyukur dapat berkongsi kepada pembaca akhbar ini tentang keadaan di sana dan bagaimana warga Singapura boleh membantu meringankan beban mereka dengan menderma.

Saya rasa jika saya boleh mengubah kehidupan seseorang, ia adalah satu langkah lebih dekat untuk mengubah seluruh dunia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >