Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ISU WAKAF HAJI PITCHAY MEERAH HUSSAIN

Muis agih hasil wakaf ke madrasah, sesuai dengan niat wakif

Muis perjelas pemindahan hartanah wakaf; $200,000 diagih ke 3 madrasah sepanjang 7 tahun
Jun 22, 2021 | 05:30 AM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) telah memindahkan harta wakaf asal milik Haji Pitchay Meerah Hussain ke sebuah harta komersial dengan tempoh pajakan 999 tahun di 11 Beach Road pada 2002 untuk memenuhi tujuan asal wakaf tersebut.



Dalam kenyataannya semalam, Muis berkata bangunan asal yang terletak di No. 5 Lorong 9 Geylang, berada dalam keadaan usang dan tidak menjana sebarang pendapatan.



Hartanah di 11 Beach Road pula ialah bangunan setinggi enam tingkat.



Antara lain, Warees Investments Pte Ltd dan Wareesan Management Pte Ltd , cabang pelaburan dan pengurusan aset Muis, mempunyai pejabat di sana, menurut maklumat di laman webnya



Konsep wakaf Istibdal - yang turut diamalkan di negara-negara Muslim - telah digunakan dalam pemindahan aset harta wakaf ini, kata Muis.



"Muis menilai bahawa ini merupakan alternatif terbaik dan paling dekat untuk memenuhi keperluan wakif, memandangkan harta asal tidak lagi dapat digunakan sebagai madrasah.



"Muis berpendapat bahawa jika dibiarkan dalam keadaan dan lokasi asalnya, niat wakif untuk membuat Wakaf tidak dapat dicapai," jelas Muis. Wakif ialah orang yang meninggalkan wakaf.



Setelah pemindahan ke bangunan enam tingkat itu, Muis berkata ia mampu mengagihkan hasil dari wakaf ke madrasah sepenuh masa, sesuai dengan niat asal wakif.



Menurut Muis, sepanjang tujuh tahun lalu, wakaf tersebut telah mengagihkan lebih $200,000 kepada Madrasah Al-Maarif, Madrasah Alsagoff dan Madrasah Wak Tanjong.



Satu catatan media sosial berkenaan pengurusan wakaf Haji Pitchay Meerah Hussain telah tersebar dalam talian baru-baru ini, di mana ia mendakwa wakaf tersebut telah diuruskan secara salah oleh Muis.



Catatan itu juga diiringi gambar sebuah kuil Cina yang dikatakan berada di alamat asal wakaf tersebut.



Catatan tersebut telah dikongsikan menerusi halaman Suara Melayu Singapura di Facebook dan sehingga semalam telah dikongsi lebih 700 kali.



Dalam kenyataan yang diterbitkan di laman webnya, Muis berkata dakwaan itu adalah palsu.



Ia juga berkata ia sedang berusaha menghubungi ahli keluarga wakif yang masih hidup untuk meyakinkan mereka bahawa hasrat wakif masih lagi ditepati dan niat yang lebih meluas di sebalik penciptaan Wakaf akan terus dipenuhi.



Di bawah Undang-Undang Pentadbiran Islam (Amla), Muis ditugaskan untuk menguruskan semua wakaf di Singapura untuk memastikan bahawa harta wakaf kekal berdaya maju dan pulangan dimaksimumkan bagi penerima yang dimaksudkan.



Ini dilakukan di bawah nasihat Jawatankuasa Fatwa yang telah memberi bimbingan berkenaan kebolehlaksanaan pembangunan semula wakaf serta pemindahan aset, yang dikenali sebagai wakaf istibdal, kata Muis.



Wakaf istibdal juga diamalkan di negara-negara Islam lain, sebagai strategi untuk memastikan objektif asal wakaf dicapai.



Menurut Muis lagi dalam kenyataannya, hasil daripada wakaf Istibdal ini, nilai sejumlah wakaf berjaya ditingkatkan, antaranya termasuk pengembangan Wakaf Bencoolen, Red House (Wakaf Sheriffa Zain Alsharoff Alsagoff) di East Coast, dan Alias Villas (Wakaf Al-Huda) di Jalan Haji Alias, dekat Bukit Timah.



"Muis juga dapat meningkatkan jumlah bayaran agihan kepada penerima bantuan.



"Muis telah menerbitkan pulangan ini menerusi Majlis Pengagihan Wakaf Tahunan dan juga Laporan Tahunan kami, yang diterbitkan di laman Muis.



Selain Wakaf Haji Pitchay Meerah Hussain, Muis juga telah menyenaraikan 42 wakaf lain yang telah dipindahkan.




 "Muis menilai bahawa ini merupakan alternatif terbaik dan paling dekat untuk memenuhi keperluan wakif, memandangkan harta asal tidak lagi dapat digunakan sebagai madrasah. Muis berpendapat bahawa jika dibiarkan dalam keadaan dan lokasi asalnya, niat wakif untuk membuat Wakaf tidak dapat dicapai."
- Muis




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >