Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis, ARB sangkal dakwaan ustaz berhubung surat amaran isu LGBT

ARB: Surat amaran kepada asatizah hanya diberi jika hasut atau timbulkan kebencian
Jun 06, 2023 | 08:02 PM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) dan Lembaga Pengiktirafan Asatizah (ARB) telah menyangkal dakwaan seorang guru agama bahawa asatizah yang menentang masyarakat lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) diberi surat amaran.

Dalam satu kenyataan bersama pada Selasa, Muis dan ARB berkata ARB tidak pernah mengeluarkan surat amaran kepada seorang asatizah atas dasar beliau berpandangan bahawa Islam tidak membenarkan homoseksualiti atau perkahwinan sejenis adalah satu dosa dalam Islam.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada komen seorang guru agama di media sosial bahawa “asatizah yang menentang LGBT diberi surat amaran”.

Walaupun komen yang ditulis pada 30 April 2023 itu telah dipadamkan, ia jelas mengelirukan, kata kenyataan itu.

“Panduan agama mengenai perkembangan LGBTQ+ (lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer) di Singapura yang Muis keluarkan pada 22 Ogos 2022 dengan jelas menyatakan bahawa perkahwinan dalam Islam hanya boleh berlaku antara lelaki dan perempuan, dan Islam melarang sebarang bentuk penyatuan dan hubungan seksual yang lain.

“Masyarakat Islam akan memelihara nilai keagamaan dan kekeluargaannya terutamanya apabila perkara ini dicabar dan dipertikaikan secara langsung. Semua guru agama bebas untuk mengulangi kedudukan keagamaan ini, dan kedudukan yang dikeluarkan dan disahkan oleh Jawatankuasa Fatwa, sedang mereka memberi arahan dan bimbingan kepada masyarakat,” kata kenyataan itu.

“Selaras dengan tuntutan agama itu, ARB, yang mengawal selia Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS), tidak pernah mengeluarkan sebarang surat amaran kepada seseorang asatizah atas dasar bahawa beliau berpandangan bahawa Islam tidak membenarkan homoseksualiti atau perkahwinan sejenis adalah satu dosa dalam Islam,” tambahnya.

ARB bagaimanapun ada mengeluarkan surat amaran kepada asatizah tersebut, seorang lelaki, berhubung pelbagai hantaran Facebook yang dibuatnya dari Disember 2021 hingga Februari 2022 “menggunakan bahasa yang tidak sesuai dan menghasut yang boleh menimbulkan kebencian dan rasa tidak hormat kepada anggota masyarakat LGBTQ+ di Singapura”.

ARB telah menemu duga guru itu, dan mendapati hantaran Facebook itu melanggar kod etika ARS.

Kod itu termasuk peruntukan bahawa seorang guru Islam atau al-Quran tidak boleh melakukan apa-apa yang mungkin menyebabkan kekacauan awam, atau menyokong sebarang idea yang mungkin menggalakkan ekstremisme atau keganasan, sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Pada 13 Mei 2022, ARB memberinya surat amaran berhubung pelanggaran kod etika itu, dan pelbagai pelanggaran kod etika yang lain.

Menurut kenyataan itu, ARB memberi amaran kepada guru tersebut, antara lain, bahawa beliau tidak seharusnya menggunakan kaedah dakwah yang kontroversi yang boleh membawa kepada kebencian dan rasa tidak hormat terhadap kumpulan minoriti tertentu di Singapura.

ARB menasihati guru itu agar beliau menangani isu sosioagama, termasuk isu LGBT, dengan kebijaksanaan, kebaikan, dan belas kasihan.

“ARB tidak mengeluarkan surat amaran sedemikian secara sembarangan, tetapi setelah banyak pertimbangan dan mengambil kira beratnya pelanggaran kod etika itu,” kata kenyataan itu.

ARB kemudian telah menemui ustaz itu berhubung hantaran Facebook terbarunya pada 30 April 2023 untuk menjelaskan dakwaannya dan mengingatkannya tentang nasihat mereka dahulu.

“ARB akan terus membimbing dan menasihati asatizah yang telah menunjukkan penyesalan yang ikhlas atas tindakan mereka,” kata kenyataan itu.

Muis dan ARB dalam kenyataan itu berkata guru agama mesti, mengikut kod etika ARS, berhati-hati untuk mengelakkan tindakan yang boleh menyebabkan ketidakharmonian atau perasaan buruk terhadap orang lain atas kepercayaan atau orientasi mereka.

“Muis dan ARB sentiasa bekerjasama dengan fraterniti asatizah untuk membimbing masyarakat agar menegakkan ajaran dan prinsip etika Islam yang sebenar, melayan orang lain dengan penuh hormat dan belas kasihan, serta mengelak daripada menyebarkan perkara yang tidak benar, terutamanya apabila ia menjadi tuduhan serius di media sosial yang boleh mengelirukan dan memecahbelahkan masyarakat,” kata kenyataan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >