Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis bakal keluarkan 900 surat tawaran tunai haji 2024

Nov 27, 2023 | 07:16 PM



Sebanyak 900 surat tawaran akan dikeluarkan kepada bakal jemaah Singapura untuk menunaikan haji pada 2024 (1445H).

Semua jemaah yang terpilih akan dimaklumkan melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan e-mel dari 29 November 2023.

Menurut kenyataan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) pada Isnin, ia telah melantik lapan ejen pelancongan untuk menyediakan perkhidmatan berkaitan haji kepada bakal jemaah haji untuk 2024 (1445H).

Mereka boleh memilih daripada 23 pakej haji yang diluluskan.

Terdapat lapan pakej jangka pendek dengan tempoh penginapan tidak lebih daripada 19 hari dan baki 15 pakej adalah pakej jangka panjang yang tidak lebih daripada 28 hari.

Harga pakej terendah bermula daripada $6,990 (empat sebilik) dan harga pakej tertinggi ialah $23,395 (dua sebilik).

Purata harga pakej haji ada secara relatifnya kekal sama berbanding tahun sebelumnya iaitu pada $11,595.

Pengeluaran awal ini akan memberikan bakal jemaah haji masa persiapan yang mencukupi untuk menunaikan haji mereka yang akan datang.

Bakal jemaah haji perlu masuk ke portal MyHajSG untuk menyemak Surat Tawaran (LOO) mereka.

Untuk mengesahkan tempat mereka untuk tunaikan haji pada 2024 (1445H), mereka perlu membeli pakej haji daripada ejen pelancongan yang diluluskan oleh Muis, serta memenuhi keperluan prosedur yang ditetapkan dalam portal MyHajSG selewat-lewatnya 10 Disember 2023.

Bakal jemaah haji boleh mendapatkan maklumat mengenai ejen pelancongan yang sah dan pakej haji yang diluluskan untuk 2024 (1445H) di lelaman go.gov.sg/haj2024packages.


Harga untuk pakej haji tidak termasuk tambang penerbangan dan Masyair.

Ia bagaimanapun merangkumi penyediaan perkhidmatan perubatan di Tanah Suci – klinik perubatan yang dikendalikan oleh Pejabat Hal Ehwal Jemaah Haji Singapura dan Bantuan Perubatan Kecemasan (EMA).

Jumlah kos untuk perkhidmatan tambang penerbangan dan Masyair dijangka berada dalam lingkungan $6,000 hingga $8,000.

Bakal jemaah haji digalakkan untuk membeli insurans perjalanan tambahan untuk menampung sebarang keperluan yang tidak termasuk EMA.

Mereka juga dinasihati supaya menilai pakej haji yang diluluskan, berdasarkan keperluan dan kemampuan masing-masing sebelum memutuskan pakej haji pilihan mereka.

Tambahan, mereka dinasihati agar membaca dan memahami Kontrak Pembelian Pakej Haji (HPPC), sebelum membeli pakej haji mereka.

Ejen pelancongan yang dilantik telah dimaklumkan untuk menjelaskan kandungan penting dalam kontrak kepada jemaah haji.

Bakal jemaah haji juga amat disyorkan untuk tidak membuat sebarang pembelian daripada ejen pelancongan tanpa kebenaran yang mendakwa menyediakan perkhidmatan berkaitan haji.

Muis menggalakkan bakal jemaah haji untuk menempah pakej yang diluluskan yang disediakan oleh lapan ejen pelancongan yang diluluskan untuk perjalanan haji yang aman dan damai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >