Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN

Muis bangun inisiatif baru 'Fitrah' gembleng tenaga bantu bekas pesalah

Ditempatkan di Masjid En-Naeem, 'Fitrah' usaha kerjasama tiga organisasi M Kuasa Tiga (M³)
May 14, 2019 | 05:30 AM



SATU inisiatif baru telah dibangunkan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dengan tujuan untuk menggembleng lebih ramai tenaga bagi membantu bekas pesalah Muslim pulih dan berintegrasi semula ke dalam masyarakat.



Ditempatkan di Masjid En-Naeem di Hougang, program Pusat Khidmat Penjagaan Berterusan bagi Pesalah dan Keluarga (Fitrah) adalah usaha kerjasama tiga organisasi M Kuasa Tiga (M³) - Muis, Mendaki dan Mesra - bersama Kementerian Ehwal dalam Negeri (MHA) dan Khidmat Penjara Singapura (SPS).



Berucap di majlis iftar yang diadakan di masjid tersebut bagi bekas pesalah dan keluarga pesalah kelmarin, Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan) Encik Amrin Amin berkata:



"Khidmat yang diberikan di Fitrah ini bersepadu dan kukuh. Kalau kita lihat masa lalu, khidmatnya mungkin tidak begitu selaras. Badan-badan melakukan inisiatif mereka sendiri dan tiada satu pejabat yang sama-sama yang memberi tumpuan khusus bagi keperluan pesalah serta keluarga mereka."



Dengan penubuhan pusat Fitrah sejak enam bulan lalu, bekas pesalah dan pesalah serta keluarga mereka dapat memanfaatkan khidmat sokongannya yang lebih bersepadu dan holistik.



Fitrah menyediakan khidmat incare iaitu semasa pesalah berada di dalam penjara dan khidmat after-care atau di luar penjara.



Encik Amrin menyatakan bahawa M³ membawa kelainan pada usaha membantu pesalah sebelum ini, menyifatkan ia sebagai satu-satunya pegerak usaha Fitrah.



"M³ adalah pemangkin yang menyatupadukan dan memberikan kepentingan untuk mencapai misi kita.



"Sumbangan M³ melihat badan-badan masyarakat Melayu/Islam bergotong-royong, belajar daripada satu sama dan menggandakan lagi usaha kita. Kita juga tidak hanya kekal bersama kelompok badan masyarakat, kita keluar bekerjasama dengan badan-badan lain. Inilah keunikan program Fitrah," katanya.



Misalnya, khidmat di luar penjara, pakej Kembali Kepada Fitrah.



Ia merupakan sebuah usaha baru Fitrah yang melihat para pegawai dan sukarelawan menyambut bekas pesalah yang dibebaskan di pintu penjara.



Bekas pesalah itu akan diberikan pakej yang mengandungi maklumat tentang agensi bantuan, sejadah, sekeping kad EZLink dan baucar makanan.



Ini merupakan satu langkah simbolik bagi bekas pesalah untuk membuka lembaran baru dalam kehidupan mereka.



Sejak April tahun ini, Fitrah telah menjangkau kepada 25 pesalah yang telah dibebaskan.



Selain itu, terdapat juga usaha lain seperti khidmat di luar penjara yang dikendalikan sekumpulan Pendamping Masyarakat secara sukarela yang aktif mendekati keluarga pesalah dan bekas pesalah untuk memahami keperluan mereka.



Bagi khidmat dalam penjara pula, Fitrah menawarkan khidmat kaunseling agama dikendalikan oleh asatizah selama dua hingga empat jam seminggu dan khidmat menyediakan imam bagi solat Jumaat, Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.



Bagi menyokong programnya, Fitrah memerlukan lebih ramai sukarelawan untuk tampil agar pesalah dapat meraih manfaat daripada khidmat mereka.



"Dengan bertambahnya jumlah sukarelawan, ia akan membolehkan Fitrah menjalankan kegiatan dan program yang menyeluruh kepada lebih ramai pesalah, bekas pesalah dan keluarga mereka," tambah Encik Amrin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >