Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis lapor polis kerana urus niaga zakat di Masjid Al-Istiqamah ‘mencurigakan’

Aug 15, 2023 | 06:36 PM



Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) telah membuat laporan polis selepas mendapati urus niaga zakat di Masjid Al-Istiqamah di Serangoon North “mencurigakan”.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, Muis berkata urus niaga itu melibatkan pembayaran zakat secara tunai oleh penderma kepada masjid berkenaan.

Semua pembayaran zakat di kaunter masjid itu, termasuk secara tunai, telah digantung, tambahnya.

Muis berkata, ia mengesan kes itu ketika menjalankan pemeriksaan audit terhadap sistem zakatnya.

“Ketika salah satu pemeriksaan kerap ini dijalankan, Muis mengesan urus niaga zakat yang mencurigakan melibatkan pembayaran tunai oleh orang ramai di Masjid Al-Istiqamah (Serangoon North),” katanya.

Menurut Muis, setiap tahun ia melantik beberapa masjid sebagai pusat pembayaran zakat harta rasmi.

Sebagai sebahagian pemeriksaan dalaman bagi mengetatkan tadbir urus dan pentadbiran dana zakat, Muis menjalankan pemeriksaan audit secara kerap terhadap sistem itu agar tatacara yang telus dipatuhi, ujar majlis itu.

“Muis ingin mengulangi semula bahawa sistem zakat teguh dan berupaya mengesan percanggahan yang berupaya mengenal pasti salah laku,” kata Muis.

“Pegawai dan penyelia zakat kami juga telah menjalani beberapa sesi latihan agar dilengkapi padat dengan kemahiran tertentu untuk mengendali sistem tersebut dan peka terhadap prosedur operasi standard (SOP) apabila mengendali urus niaga tunai dan digital oleh orang awam.”

Muis juga menyatakan sementara menunggu hasil siasatan polis, ia akan menyemak semula SOP sedia ada untuk melihat apakah perlu “menerapkan langkah tambahan bagi mengetatkan lagi sistem dan proses zakat”.

Lantaran itu, Muis berkata Masjid Al-Istiqamah telah menghentikan semua urusan pembayaran zakat di kaunternya, termasuk pembayaran secara tunai.

Jemaah masjid juga dinasihatkan supaya membayar zakat menerusi wadah digital seperti pusat layan diri SalamSG yang terletak di masjid itu atau melalui laman zakat.sg.

Jika ingin membayar zakat di kaunter, mereka boleh berbuat demikian di masjid berhampiran, seperti Masjid Muhajirin di Toa Payoh, Masjid Al-Muttaqin di Ang Mo Kio, atau Masjid En-Naeem di Hougang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >