Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis perkenal sistem bayar zakat lebih bersepadu

Sistem Bayaran dan Pemberian Resit Bersepadu (IPaRS) diproses lebih cepat, dipantau lebih berkesan
Jun 29, 2019 | 05:30 AM



BAYARAN zakat anda kini bukan sahaja boleh diproses lebih cepat, malah dipantau secara lebih berkesan.



Sejak Januari lalu, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) telah melaksanakan sistem bayaran zakat bersepadu yang bertujuan 'memperkukuh dan menambah ketepatan proses bayaran' selain mempertingkat 'pengawasan dan pentadbiran'.



Demikian Muis dalam satu kenyataan.



Sistem Bayaran dan Pemberian Resit Bersepadu (IPaRS) menggantikan sistem i-Zakat yang berusia 18 tahun.



Ia menyepadukan semua wadah bayaran zakat dalam bentuk tunai, cek dan elektronik di 65 pusat bayaran zakat, mesin AXS, GIRO dan perbankan Internet.



Resit bagi semua bayaran dijana secara automatik dan boleh menunjukkan alamat pembayar zakat yang diperolehi daripada pangkalan data poskod SingPost.



Sebelum ini, sejumlah besar pusat bayaran zakat menggunakan sistem i-Zakat, dengan bakinya menggunakan sistem pemberian resit atau resit bertulis.



Sistem baru memendekkan masa - sekitar sebulan - yang diperlukan bagi Muis untuk menjumlahkan zakat yang dikumpulkan setiap Ramadan.



Proses itu kini mengambil masa sekitar 10 hari sahaja, kata Timbalan Pengarah Unit Strategik Zakat dan Wakaf di Muis, Encik Masagoes Muhammad Isyak Mohamad Amin.



Satu kelebihan IPaRS - yang dibangun dengan asas teknologi 'cloud' atau awanan - ialah ia berupaya berfungsi seperti biasa walau hubungan Internet terputus.



Setiap bayaran yang dibuat tetap dirakam dalam sistem dan dimuat naik ke sistem awanan apabila hubungan Internet disambung semula.



Sebaliknya, sistem lama - yang bergantung sepenuhnya pada Internet untuk mengambil bayaran zakat dan mengeluarkan resit - boleh mengalami kegenjotan apabila trafik Internet di pusat bayaran bertambah pada waktu sibuk.



"Ini menyebabkan masalah kepada sistem i-Zakat kerana ia mungkin tergendala atau kadangkala langsung tidak boleh digunakan," kata Encik Masagoes.



"Justeru, amil perlu menggunakan resit bertulis sementara menanti sistem berfungsi seperti sedia kala," tambah beliau sambil menambah ada amil yang terpaksa menyenaraikan dengan tangan resit yang memerlukan tindakan susulan dan menyerahkannya kepada Muis menerusi e-mel.



Menurut Encik Masagoes, amil dan pegawai lain di pusat bayaran berasa kurang selesa apabila resit bertulis ditiadakan dan perlu melalui fasa penyesuaian untuk menyesuaikan diri dengan aliran kerja, ciri-ciri dan proses baru dalam IPaRS.



Walau semua bayaran menerusi wadah elektronik 'diproses' secara automatik oleh IPaRS, amil masih perlu menghitung bayaran zakat dalam bentuk tunai dan cek, dan memastikan ia selaras dengan data yang dirakam sistem itu.



Menurutnya, dalam tempoh dua tahun akan datang, IPaRS akan disepadukan secara bertahap dengan sistem perakaunan Muis supaya ia tidak lagi memerlukan proses manual.



Buat masa ini, beberapa perangkaan masih perlu dimasukkan ke dalam sistem secara manual.



Dalam kenyataannya, Muis berkata IPaRS boleh dilanjutkan kepada khidmat lain dalam sektor Masjid-Madrasah-Wakaf (MMW) pada masa hadapan, termasuk korban, tahnik, derma dan kelas pendidikan Islam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >