Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis peruntuk $5j bagi Biasiswa Syed Isa Semait

Bantuan dapat sokong sehingga 20 pelajar madrasah yang cemerlang ikuti pengajian sarjana muda di universiti Islamik berprestij
Oct 21, 2022 | 05:30 AM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) akan memperuntukkan $5 juta secara keseluruhan bagi lima tahun sehingga 2026 bagi Biasiswa Syed Isa Semait (SISS).



Ini dapat menyokong sehingga 20 pelajar madrasah yang cemerlang dalam pelajaran mereka agar dapat menceburi pengajian sarjana muda mereka di universiti Islamik berprestij di serata dunia.



Mengumumkan demikian di majlis penyampaian SISS di Royal Plaza on Scotts semalam, Ketua Eksekutif Muis, Encik Kadir Maideen, berkata biasiswa itu akan menampung yuran tuisyen dan universiti, elaun dan perbelanjaan lain yang diluluskan.



Calon yang layak juga boleh menjangka akan ditawarkan program pembangunan yang disesuaikan, peluang pementoran, bekerja sambil belajar, kerjaya dalam sektor keagamaan serta biasiswa possiswazah.



"Madrasah juga telah melakukan banyak penambahbaikan dan peningkatan kepada kurikulum, penyampaian pelajaran dan program pembangunan pelajar mereka yang telah membawa kepada penghasilan pelajar berkaliber tinggi yang sangat diburu oleh pelbagai institusi pengajian tinggi.



"Pelajar kita kini layak untuk pergi ke banyak universiti terkemuka di dalam negara mahupun luar negara. Justeru, ia amat penting bagi kami untuk menawarkan (pelajar) terbaik dan paling bijak kami sebuah biasiswa yang setimpal dengan kedudukan mereka," katanya.



Semalam, seramai tiga lulusan madrasah sepenuh masa dianugerahkan biasiswa tersebut.



Mereka ialah Encik Alfawzul Kabir Mohamad Faizal dan Encik Hakeem Samsuri dari Madrasah Aljunied Al-Islamiah, serta Cik Nur Zahratul Humaira Hilmi dari Madrasah Alsagoff Al-Arabiah, yang ketiga-tiganya telah diterima masuk ke Universiti Al-Azhar As-Sharif di Cairo, Mesir.



Di bawah biasiswa tersebut, Muis berkata penerima akan menjalani program pembangunan tambahan dan boleh menghadiri kursus atau modul di luar wilayah Timur Tengah, sewaktu tempoh pengajian mereka.



Mereka juga akan dapat melibatkan diri dalam program bekerja sambil belajar di Muis serta agensi pemerintah lain.



"Peluang yang sangat banyak itu memberi penerima biasiswa pendedahan yang lebih besar kepada bidang dan metodologi pembelajaran berbeza serta meluaskan rangkaian mereka dalam bidang ini," kata Muis.



Mengulas lanjut, Encik Kadir berkata biasiswa tersebut menyokong teras utama 'Memprofesionalkan Sektor Asatizah' seperti yang ditetapkan Jawatankuasa Asatizah Masa Depan (Cofa) pada 2019.



Ia juga merupakan sebahagian daripada program pengurusan bakat berstruktur yang memberi tumpuan kepada mengasah asatizah masa depan bagi kedudukan kepimpinan dalam sektor tersebut, termasuk mereka yang akan menjulang peranan tinggi dalam institusi keagamaan utama.



Beliau menambah bahawa Muis, dengan kerjasama pemimpin serta institusi keagamaan, telah melancarkan beberapa inisiatif yang melibatkan pelbagai peringkat, bermula daripada pendidikan madrasah hingga tenaga kerja asatizah, untuk mempertingkat peluang dalam sektor keagamaan.



Ini termasuk Sijil Possiswazah Islam Dalam Masyarakat Kontemporari (PCICS) yang bertujuan mempersiap lulusan agama luar negara memahami isu-isu kontemporari serta Program Pembangunan Bakat dan Kepimpinan Agamawan (RLTD) yang bertujuan mengenal pasti, mengasah dan membangunkan pemimpin agama masa depan bagi pelbagai peranan dalam masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >