Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis "telah ambil langkah atasi kelemahan yang dikenal pasti" AGO

Jul 17, 2019 | 05:30 AM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (MUIS) telah mengambil langkah untuk mengatasi kelemahan yang dikenal pasti dalam laporan Pejabat Ketua Audit Negara (AGO) yang dikeluarkan semalam.



Laporan itu mendapati kelemahan dari segi pemerolehan, pengurusan IT dan pembayaran semula yuran pentadbiran haji bagi individu yang telah meninggal dunia.



"Muis mengambil serius dapatan AGO dan akur terhadap kelemahan yang diperhatikan," kata Muis dalam kenyataan semalam.



Dari segi pemerolehan, Muis mendapati tiada bukti berlakunya penipuan.



Kelemahan itu adalah disebabkan kesilapan manusia dan kelemahan prosedur.



AGO dalam laporannya menggariskan kelemahan pemerolehan dan pengurusan kontrak Muis.



Antaranya, penilaian sub-kriteria dan kaedah memberi skor hanya ditentukan selepas tender tutup. Ini berlaku dalam 12 tender dan sebut harga bernilai $5.54 juta.



AGO telah menyarankan Muis untuk menjelaskan kriteria dan kaedah memberi skor di peringkat awal tender untuk memastikan keadilan dan ketelusan dalam proses penilaiannya.



Memberi respons, Muis berkata ia secara progresif membangun keupayaannya dalam tadbir urus dan pemerolehan sejak beberapa tahun lalu.



Ini termasuk memperkukuh latihan bagi pegawainya.



"Lebih banyak sumber juga telah disalurkan bagi tugas berkaitan pemerolehan dan IT, untuk memastikan pematuhan prosedur kewangan pemerintah," ujar Muis.



Selain itu, AGO menarik perhatian kelemahan Muis dalam kawalan akses kepada sistem IT yang digunakan untuk memproses permohonan halal dan mengeluarkan resit zakat.



Contohnnya, Muis tidak membuat semakan tahunan bagi memberi hak akses untuk beberapa sistem IT itu.



"Adalah penting semakan hak akses dijalankan secara kerap agar hak akses yang tidak lagi diperlukan dihilangkan dengan cepat dan hanya pengguna yang diberi kuasa mempunyai akses kepada sistem itu," ujar AGO.



Muis berkata isu yang ditimbulkan AGO adalah disebabkan sistem IT yang lama.



"Isu ini telah diatasi dengan pelaksanaan sistem IT baru pada Januari 2019 dengan keupayaan yang mengatasi kelemahan sistem sebelum ini," kata Muis.



Sementara itu, AGO menarik perhatian isu pembayaran balik yuran pentadbiran Haji bagi individu yang sudah meninggal dunia.



Menurut laman Muis, yuran pentadbiran itu adalah sebanyak $256.80 termasuk GST.



Isu ini pernah ditimbulkan dalam audit AGO ke atas Muis bagi tahun kewangan 2012/2013.



"Adalah penting Muis lebih proaktif dalam mengambil tindakan susulan membayar balik yuran pentadbiran haji," kata AGO.



Audit AGO mendapati terdapat 226 pemohon haji yang telah meninggal dunia antara 2012 hingga 2018 tetapi yuran pentadbirannya sejumlah $57,900 belum lagi dibayar balik.



Dalam responsnya, Muis berkata ia telah berusaha sejak beberapa tahun lalu untuk meningkatkan proses pembayaran balik yuran tersebut.



Daripada 226 kes yang ditimbulkan AGO, sebanyak 181 kes atau 80 peratus kini telah menerima pembayaran balik atau dalam proses menerimanya.



Bagi baki 45 kes, pihak keluarga tidak dapat dihubungi. Perincian kes itu telah dimuat naik ke laman www.unclaimedmonies.gov.sg.



Muis berkata ia akan menyemak lagi sistem dan prosesnya bagi memastikan pembayaran balik itu boleh dilakukan dengan lebih cepat.



Selain itu, Muis telah menubuhkan sebuah pasukan bertindak yang dipimpin ketua eksekutifnya, Encik Esa Masood, untuk memantau pelaksanaan pelbagai langkah untuk mengatasi dapatan audit tersebut.



"Kami meminta sokongan masyarakat Islam sedang kami meningkatkan perkhidmatan dan proses kami," kata Muis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >