Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mula kekok, kini selesa jaga adik titipan seperti adik sendiri

Hasil bimbingan, adik titipan berusia 12 tahun, terima Anugerah Kepujian untuk Pencapaian Akademik dari MSF
Dec 04, 2020 | 05:30 AM



KALI pertama ibu bapanya menyuarakan hasrat mengambil anak titipan, Cik Azura Zulkifli tidak fikir yang mereka serius tentang rancangan itu.



Ini kerana kedua-dua orang tuanya bekerja sepenuh masa, bapanya sebagai teknisyen dan ibunya sebagai pegawai pentadbiran.



Mereka bagaimanapun bertekad untuk menjadi ibu bapa titipan dan Cik Azura yang sudah berumah tangga tetapi masih tinggal serumah, diajak menemui dan berkenalan dengan budak berumur 10 tahun bernama Nora (bukan nama sebenar) tidak lama kemudian.



"Pada mulanya, apabila ibu bapa saya berkata mereka mahu mengambil anak titipan, saya tidak tahu jika mereka komited untuk melakukannya buat jangka masa panjang. Saya pula tidak berapa tahu tentang skim titipan jadi saya ikut sahaja kata ibu bapa saya. Rupa-rupanya mereka serius tentang rancangan itu," kata Cik Azura, 30 tahun, ketika menyingkap proses pengenalan dua tahun lalu itu.



Kini Nora berusia 12 tahun dan sedang menunggu kemasukan ke sekolah menengah.



Sabtu lalu, dia menerima Anugerah Kepujian untuk Pencapaian Akademik di Majlis Anugerah Orang Muda dan Kanak-Kanak Titipan 2020 kerana telah menunjukkan ketekalan dalam pelajaran.



Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) menganjurkan majlis anugerah tahunan itu untuk mengiktiraf pencapaian penerima dalam pembangunan watak dan akademik.



Acara itu, yang diadakan buat kali ketujuh tahun ini juga merupakan wadah bagi menunjukkan penghargaan kepada ibu bapa titipan di atas komitmen menjaga anak-anak titipan dan untuk mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh agensi titipan dan rakan kerja MSF.



Sejumlah antara 17 kanak-kanak dan belia titipan menerima anugerah di majlis tersebut yang dijalankan secara maya.



Cik Azura, yang bekerja sebagai eksekutif pentadbiran di sebuah pusat perubatan, berkata hari-hari pertama mempunyai 'adik' memerlukan sedikit penyesuaian.



"Iyalah sebelum itu saya cuma ada seorang abang. Kini saya ada adik pula. Pada mulanya saya tak tahu bagaimana untuk bermesra dengan dia," katanya.



Abang Cik Azura sudah berumah tangga dan kini berada di Indonesia kerana bertugas.



Cik Azura menambah:



"Saya cuba tanya soalan asas seperti 'dah makan ke belum?' atau 'nak tengok televisyen?' Nora juga mudah bergaul dan menyesuaikan dirinya dengan sekitaran rumah kita."



Lama kelamaan, hubungan mereka semakin mesra dan mereka mengongsi beberapa minat bersama seperti menonton video TikTok.



Kini dua tahun kemudian, Cik Azura berkata hubungan mereka baik dan rapat.



Di flat lima bilik itu, Nora mempunyai biliknya sendiri.



Pada hari biasa, Nora ke sekolah dan kemudian ke pusat penjagaan pelajar hingga petang sementara menunggu ahli keluarga titipannya pulang ke rumah.



Pada cuti sekolah, Nora juga ke pusat penjagaan pelajar atau berada di rumah jika ada ahli keluarga yang tidak bekerja.



Seperti kebanyakan kakak, Cik Azura berkata beliau prihatin tentang pendidikan Nora, dan membimbingnya menjelang Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) yang diduduki beberapa bulan lalu.



"Saya selalu risau tentangnya. Saya lihat dia kurang bermotivasi untuk belajar, jadi saya ingatkannya untuk mengulang kaji pelajaran dan berikan dia kata-kata perangsang," kata Cik Azura.



"Nora juga bercerita dengan saya tentang kawan-kawannya. Dia berada di usia di mana dia mudah terpengaruh dengan kawan-kawan. Jadi saya akan cuba menasihatkannya," tambahnya yang juga berkata Nora tidak bercakap tentang keluarga kandungnya.



Selain meluangkan masa bersama-sama di rumah, Cik Azura berkata keluarganya juga membawa Nora berjalan-jalan dan makan luar.



Menurutnya,apabila membawa Nora keluar, contohnya semasa Hari Raya, ada juga kenalan yang bertanya tentang Nora.



"Mereka tidak mengatakan apa-apa yang negatif dan sebenarnya akan berminat tentang skim keluarga titipan ini. Mereka ingin tahu bagaimana ia dilakukan dan bagaimana kami menjaganya," katanya yang berminat mengambil anak titipan kelak.




"Pada mulanya, apabila ibu bapa saya berkata mereka mahu mengambil anak titipan, saya tidak tahu jika mereka komited untuk melakukannya buat jangka masa panjang. Saya pula tidak berapa tahu tentang skim titipan jadi saya ikut sahaja kata ibu bapa saya. Rupa-rupanya mereka serius tentang rancangan itu."
- Cik Azura Zulkifli.




PROSES UNTUK MENJADI IBU BAPA TITIPAN



Proses permohonan akan mengambil sekitar dua hingga tiga bulan, bergantung kepada sama ada dokumen dihantar tepat pada waktunya dan kelapangan untuk ditemu duga.



1. Borang permohonan perlu dihantar kepada MSF

2. Penilaian akan dilakukan MSF atau Agensi yang dilantik MSF

3. Kelulusan

4. Latihan dan Induksi

5. Penempatan Anak Titipan dari MSF



Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 6354-8799 atau kirim e-mel ke fostering.msf.gov.sg.



Anda juga boleh lungsuri laman www.msf.gov.sg/fostering untuk mendapat tahu lebih lanjut mengenai titipan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >