Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERBAHASAN UCAPAN PRESIDEN HALIMAH YACOB: KEPERCAYAAN PADA PEMERINTAH

Murali: Pemain golf Mardan contoh cara beri kanak-kanak akses sukan mewah

Apr 18, 2023 | 05:30 AM



PEMAIN golf Singapura Mardan Mamat dipetik sebagai contoh bagaimana pihak berkepentingan boleh membantu menyediakan kanak-kanak pengalaman sukan yang dianggap luar daripada kemampuan mereka.



Kisah kejayaan Encik Mardan, yang datang daripada latar belakang susah sebelum menjadi pemain golf nombor satu Singapura, dikongsi Encik Murali Pillai (SMC Bukit Batok) dalam perbahasannya mengenai ucapan Presiden Halimah Yacob pada pembukaan Parlimen pada Isnin.



"Realitinya ialah kanak-kanak daripada latar belakang pendapatan rendah atau sederhana akan mendapati sukar untuk mendapat akses kepada sukan mewah seperti golf.



"Saya fikir sesuatu boleh dilakukan melalui pihak berkepentingan dengan sumber sesuai untuk menganjurkan usaha bagi mendekati kanak-kanak berminat, memberi mereka pengalaman bersukan, mengenal pasti Mardan Mamat seterusnya dalam kalangan mereka, yang boleh mereka bantu pupuk menjadi seorang juara golf Singapura," kata Encik Murali.



Cadangan itu bertujuan menyediakan kanak-kanak bakat dan dorongan yang diperlukan, tanpa mengira latar belakang mereka, dengan peluang mengejar impian bersukan mereka dan menjadi atlet negara, tambah Encik Murali.



Ini selepas Puan Halimah menekankan dalam ucapannya keperluan bagi rangkaian pihak berkepentingan lebih kukuh bagi membantu menyediakan peluang untuk semua orang mengambil bahagian dalam membina perpaduan negara.



Encik Mardan berhenti sekolah rendah pada usia 12 tahun dan setahun kemudian menjadi kedi di Jurong Country Club. Semasa remaja beliau kerap memasuki padang golf kelab itu senyap-senyap untuk belajar sendiri cara bermain golf.



Beliau kemudian menjadi pemain golf nombor satu Singapura lebih 10 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >