Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Murid S'pura mahir baca, bilangan seronok baca berkurang: Kajian antarabangsa

May 17, 2023 | 05:30 AM



SATU kajian kecelikan membaca antarabangsa yang dijalankan ke atas murid Singapura mendapati mereka mahir dan berkeyakinan membaca, tetapi bilangan mereka yang seronok membaca berkurangan.



Tinjauan Kemajuan dalam Kecelikan Membaca Antarabangsa (PIRLS), yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan (MOE) pada Selasa, mendapati peratusan murid yang melaporkan mereka "sangat seronok membaca" berkurangan kepada 51 peratus pada 2021, paras terendah dalam sedekad.



Ia berkurangan daripada 55 peratus pada 2016 dan 60 peratus pada 2011.



Peratusan murid yang ibu bapa mereka melaporkan "sangat seronok membaca" juga berkurangan, kepada 48 peratus pada 2021, daripada 53 peratus pada 2016 dan 60 peratus pada 2011.



PIRLS dijalankan ke atas murid Darjah 4 di serata dunia sekali setiap lima tahun. MOE berkata dapatan itu tidak unik kepada Singapura, dan kemerosotan dalam keseronokan membaca mungkin sebahagiannya dek pertumbuhan pesat hiburan dan format kandungan lain sepanjang dekad yang lalu.



"MOE akan terus bekerjasama rapat dengan sekolah, ibu bapa dan rakan kongsi untuk memupuk tabiat membaca dalam kalangan murid kita dari kecil, menggalak membaca untuk keseronokan, dan membina asas kukuh dalam kecelikan untuk menyokong pembelajaran mereka," kata MOE.



Mengenai kemahiran membaca, kajian itu mendapati murid Singapura kekal berkeyakinan mengenai kemahiran membaca mereka, seperti tahun-tahun sudah. Sekitar 84 peratus melaporkan mereka yakin mengenai keupayaan membaca mereka, berbanding purata antarabangsa 78 peratus.



Sementara itu, 51 peratus murid Singapura melaporkan mereka sangat yakin akan keupayaan membaca mereka dalam PIRLS 2021 berbanding 48 peratus pada 2016.



Murid Singapura juga melaporkan tahap pelibatan lebih tinggi semasa pelajaran membaca di sekolah dalam PIRLS 2021, berbanding pada 2016. Sebagai contoh, 49 peratus murid "sangat bersetuju" guru mereka menyediakan bahan bacaan menarik, bertambah daripada 40 peratus pada 2016.




ANTARA DAPATAN TINJAUAN KEMAJUAN DALAM KECELIKAN MEMBACA ANTARABANGSA (PIRLS) 2021



- Markah kemahiran membaca murid Singapura naik kepada 587 pada PIRLS 2021 daripada 576 pada PIRLS 2016



- Murid Singapura catat markah 584 bagi kemahiran membaca asas, berbanding purata antarabangsa 502



- Murid Singapura catat markah 591 bagi kemahiran membaca menggunakan pemikiran pada tahap lebih tinggi, berbanding purata antarabangsa 503



- 35 peratus murid Singapura mencapai penanda aras antarabangsa 'Lanjutan' tertinggi pada PIRLS 2021, berbanding median antarabangsa 7%



- Markah persentil ke-10 Singapura yang sebanyak 473 adalah antara yang tertinggi dalam kalangan semua sistem pendidikan yang mengambil bahagian dalam PIRLS 2021



- Jurang prestasi membaca antara murid Singapura dari isi rumah status sosio-ekonomi (SES) lebih rendah dan isi rumah SES lebih tinggi tidak semakin luas antara 2016 dan 2021, walaupun berlaku pandemik Covid-19




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >