Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muslim digesa kekal nilai agama, kekeluargaan: Pejabat Mufti

Ada keperluan pertingkat keupayaan guru-guru agama, kaunselor dalam mengajar nilai Islam kepada golongan yang perlu bimbingan
Aug 23, 2022 | 05:30 AM



SEBARANG perubahan undang-undang tidak bermakna cara kehidupan masyarakat Islam di sini akan berubah.



Namun, masyarakat Islam harus memelihara nilai-nilai keagamaan dan kekeluargaan yang dimilikinya, terutama apabila kededua nilai ini dicabar atau dipertikai secara langsung, kata Pejabat Mufti di bawah Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).



Sebarang usaha advokasi bagi kumpulan lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer (LGBTQ+) harus menghormati nilai-nilai yang dianggap amat berharga oleh masyarakat Muslim dalam mengamalkan agamanya, tambahnya.



Pejabat Mufti berkata demikian dalam irsyad atau nasihat bagi masyarakat Muslim yang turut dikongsi menerusi kenyataan media semalam - sehari selepas Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, mengumumkan undang-undang yang menyifatkan seks sesama lelaki satu jenayah akan dimansuhkan.



"Jika nilai-nilai keagamaan dan kepercayaan kita dicabar secara terbuka dan dengan cara yang agresif, ini akan mengubah ruang awam menjadi bersifat pecah-belah dan berkonfrontasi.



"Kita harus berusaha mencegah sebarang perbezaan dari segi orientasi dan pandangan dunia daripada berubah menjadi perbalahan dan konflik yang melemahkan masyarakat," kata Pejabat Mufti.



Memberikan nasihat umum kepada masyarakat, Pejabat Mufti berkata masyarakat Muslim harus berpegang pada sifat keihsanan, kebajikan dan dengan watak yang terbaik semasa berurusan dengan pihak lain, termasuk yang berpegang pada pendapat yang tidak dipersetujui.



"Pada masa yang sama, kita menolak sebarang jenis pembulian dan kekerasan dalam ruang awam yang kian disaingi," katanya lagi.



Tambahnya, seseorang yang mempunyai orientasi seks yang berbeza perlu dilayan secara hormat dan dengan melindungi maruahnya.



Namun Pejabat Mufti akur ada keperluan membangun dan mempertingkat keupayaan guru-guru agama dan kaunselor, dalam mengajar nilai-nilai dan ilmu Islam secara sensitif kepada individu-individu sedemikian, sementara melindungi maruah mereka dan menghormati kerahsiaan mereka.



"Orientasi seksual dan identiti jantina seseorang bukannya dua faktor semata-mata yang mentakrif kita sebagai manusia.



"Ada yang mengaku beragama Islam dan menyembah Allah seperti Muslim lain tetapi terpaksa menghadapi pergelutan peribadi untuk menyelaraskan keimanan dengan orientasi seksual masing-masing," kata Pejabat Mufti yang turut berkata sesiapa yang mengaku dirinya beragama Islam dan mengamalkan rukun Islam dianggap anggota masyarakat Muslim.



"Mereka layak dilayan dengan hormat dan dengan cara yang bermaruah dan tidak seharusnya dikutuk atau dipersalahkan walau kita tidak bersetuju dengan orientasi seksual mereka," kata Pejabat Mufti.



"Nilai-nilai keagamaan iaitu keihsanan dan baik budi menuntut supaya kita tidak berpaling dari mereka dan tidak mengusir mereka dari agama mereka."



Pejabat Mufti berkata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) akan terus menyokong segala usaha memperkukuh nilai-nilai Islam dalam semua arahan keagamaan dan kurikulum bagi masyarakat dalam menghadapi perkembangan terkini berhubung kumpulan LGBTQ+ ini, yang disifatkan sebagai satu ujian besar bagi sifat empati, hormat, keihsanan dan pendirian dalam menjiwai ajaran agama dalam dunia yang kian rumit dan terbuka.



Menambah, Pejabat Mufti berkata usaha ini memerlukan keterlibatan berterusan dan dengan kebijaksanaan dan keihsanan supaya kita dapat hidup bersama dengan aman walaupun mempunyai pandangan dunia dan orientasi yang berbeza.



Dalam ucapannya di Rapat Hari Kebangsaan kelmarin, Encik Lee berkata Seksyen 377A dalam Kanun Jenayah akan dimansuhkan, yang bermakna seks sesama lelaki tidak lagi dianggap jenayah pada masa depan.



Namun, Encik Lee turut mengumumkan hasrat pemerintah untuk melindungi institusi perkahwinan di Singapura - sebagai antara seorang lelaki dan seorang perempuan - menerusi pindaan Perlembagaan.



Memberi butiran lanjut mengenai pindaan tersebut dalam wawancara dengan media semalam, Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, berkata Perlembagaan akan dipinda untuk memelihara hak Parlimen mentakrif perkahwinan, demi mencegah sebarang cabaran di mahkamah ke atas takrif tersebut pada masa depan.



Dalam kenyataannya, Pejabat Mufti berkata usaha memperkukuh institusi perkahwinan antara lelaki dan perempuan di Singapura amat disokong dan selaras dengan prinsip dan nilai keagamaan.



"Kami juga menggesa pemerintah untuk mengambil kira pendirian kami sedang ia mempertimbangkan secara berhati-hati dan tanpa terburu-buru undang-undang yang sesuai bagi Singapura dalam memelihara dan memperkukuh institusi perkahwinan," katanya.



LAPORAN SELANJUTNYA: Perkukuh keluarga dengan nilai agama, tangani cabaran dengan hikmah dan bijaksana: Pejabat Mufti




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >