Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muslim S'pura pelajari cara atasi cabaran demi perkukuh iman: Mufti

Jan 01, 2023 | 05:30 AM



SIKAP daya tahan yang ditunjukkan pada 2020 dan semangat perpaduan yang ditonjolkan pada 2021 telah membolehkan Singapura bangkit dari krisis pandemik sebagai sebuah masyarakat yang lebih bersatu.



Ini meskipun dalam keadaan dunia yang lebih rumit pada masa ini, yang akan terus mengetengahkan isu kompleks dan menguji kerohanian masyarakat Muslim di sini.



Ia akan terus membuat masyarakat di sini berusaha gigih mengatasi cabaran sebegitu sekali lagi, kata Mufti Singapura Dr Nazirudin Mohd Nasir menyambut kedatangan tahun baru 2023.



Namun, menurut beliau, sambil tahun 2022 menutup tirainya, terdapat pelbagai nilai dan perkara yang perlu dihargai masyarakat di sini.



"Kita telah pelajari bagaimana untuk mengatasi salah satu cabaran besar untuk memperkukuhkan semula keimanan kita, untuk terus berusaha, dan terus mengamalkan sikap baik hati dan saling prihatin kepada orang di keliling kita," katanya.



"Kita tidak kehilangan arah, kerana prinsip dan nilai agama kita telah mengajar kita apa yang penting dan apa yang bakal dihilangi," tambah Dr Nazirudin.



Pada masa yang sama, beliau juga akur bahawa era pandemik merupakan tempoh yang sangat mencabar bagi masyarakat di sini, dengan sesetengah ahli masyarakat di sini kehilangan orang tersayang dan ramai pula jatuh sakit.



"Ada daripada kita, yang telah pulih dari keperitan itu, namun ada pula yang mungkin kesakitan itu tidak akan meninggalkan kita," katanya.



"Namun apabila semua berganding bahu dan setiap insan mengambil berat terhadap satu sama lain, keyakinan dan keberanian masyarakat sejagat akan terus berkembang dan membina perjalanan ke hadapan, tekan Dr Naziruddin. Memberi contoh, beliau telah menyaksikan secara peribadi semangat para Asatizah, pemimpin dan relawan institusi keagamaan setempat.



Ini termasuk pegawai di sebalik Jawatankuasa Fatwa, Lembaga Pengiktirafan Asatizah serta pegawai di Pejabat Mufti yang telah membantu beliau sepanjang krisis Covid-19.



"Anda telah menunjukkan semangat dan komitmen luar biasa bagi meningkatkan masyarakat ini dan mengekalkan kehidupan sosio-agama yang progresif kita," katanya.



"Usaha anda akan diiktiraf pada peringkat negara dan antarabangsa," tambahnya.



Dr Nazirudin juga berkata pemimpin agama di sini telah menawarkan bimbingan dan galakkan yang tidak ternilai.



"Bersama-sama kami mengubah kepelbagaian menjadi satu kelebihan dan aset," katanya



Singapura menurut Mufti, kekal menjadi sebuah kediaman yang unik, aman dan makmur.



Dalam pada itu Beliau juga melahirkan penghargaan kepada masyarakat atas kefahaman dan tangungjawab sosial yang mendalam, demi menjaga kemaslahatan masyarakat.



"Inilah sememangnya lambang dan kewujudan terbesar keimanan kita.



Mufti turut memerhatikan bahawa tahun 2022 merupakan tahun yang dipenuhi "penghargaan, kesyukuran kepada Allah maha Besar atas rahmat dan kasihnya," kata Dr Nazirudin lagi.



"Saya ghairah menyambut tahun baru ini dengan aspirasi meningkatkan lagi kefahaman dan penghargaan masyarakat kita terhadap warisan dan tradisi intelektual yang kaya ini, dan bagaimana ia berinteraksi dengan dunia pada hari ini, agar kita dapat mempunyai keyakinan dan diperkasa menawarkan huraian baru kepada dunia dipenuhi cabaran ini," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >