Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muzium Memorial Haji Yusoff dibuka di Kampong Gelam

Sep 19, 2023 | 07:42 PM



Sebuah muzium telah dibuka di Kampong Gelam untuk memperingati Allahyarham Haji Yusoff, seorang ahli perniagaan, dermawan dan pemimpin masyarakat setempat.

Terletak di 717 North Bridge Road, muzium yang dikenali sebagai Muzium Memorial Haji Yusoff itu didirikan di tapak kedai Allahyarham Haji Yusoff menjual tali pinggang yang dilengkapi dengan kantung wang kecil.

Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, menghadiri pembukaan muzium itu pada Ahad.

Dalam satu hantaran di Facebook untuk mengucapkan tahniah kepada keluarga Allahyarham Haji Yusoff, Dr Faishal berkata:

“Allahyarham Haji Yusoff seorang yang berwawasan yang menjadi inspirasi kepada ramai orang – seorang pengusaha dan peniaga kreatif, dermawan serta pemimpin masyarakat yang selalu ingin menyumbang balik kepada masyarakat Kampong Gelam, tempat beliau dibesarkan.

“Muzium ini akan menggambarkan kehidupan dan sumbangan beliau, serta menyimpan khazanah kisah dan kenangan berharga bagi keluarganya, masyarakat, dan sejarah Singapura.”

Artifak-artifak yang dipamerkan di muzium itu adalah daripada milik perniagaan dan keluarga Allahyarham serta beberapa perabot dari Gedung Kuning, termasuk artifak peti besi yang dikeluarkan oleh Richter & R. Heinz di Hamburg, Jerman.

Di samping itu, sebuah papan cerita akan dipasang di sepanjang kaki lima rumah kedai itu untuk menceritakan suasana di Kampong Gelam pada awal abad ke-20 dan menunjukkan pentingnya rumah kedai di mana muzium itu berada.

“Alhamdulillah, pembukaan muzium berjalan dengan lancar. Selain ahli keluarga, wakil daripada Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), Yayasan Warisan Melayu, Taman Warisan Melayu (TWM), Pusat Warisan Singapura, Perikatan Kampong Gelam (KGA), rakan-rakan, penduduk Kampong Gelam, dan aktivis masyarakat turut hadir,” kata Cik Hidayah Amin, cicit Allahyarham Haji Yusoff dan kurator muzium itu, semasa dihubungi Berita Harian.


“Muzium ini adalah usaha gotong-royong semua pihak, bahkan pekerja pemindahan mengendalikan artifak kami dengan berhati-hati seolah-olah ia milik mereka sendiri.

“Memindahkan semua perabot menaiki tangga setinggi tiga tingkat, terutama peti besi yang seberat lebih 200 kilogram, begitu mencabar,” tambah beliau.

Muzium Memorial Haji Yusoff akan dibuka setiap Sabtu terakhir bulan, dari 12 tengah hari hingga 6 petang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >