Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muzium Seni S'pura buka ruang baru di Tanjong Pagar Distripark

Aug 12, 2021 | 05:30 AM



MUZIUM Seni Singapura (SAM) akan membuka ruang baru dua tingkat di Tanjong Pagar Distripark seluas lebih 3,300 meter persegi.



Tempat itu akan dibuka pada Januari tahun depan semasa Minggu Seni Singapura, dengan persembahan oleh kugiran setempat The Observatory yang diiringi pertunjukan seni.



Ruang baru itu merangkumi dua galeri dengan iklim yang boleh dikawal, studio bagi artis di bawah program residency SAM untuk membolehkan mereka menghasilkan karya dalam sekitaran baru, dewan serbaguna bagi acara dan tempat makanan dan minuman dengan pemandangan pelabuhan Singapura.



Ia direka SPACElogic, Farm and AE Models Team dan bertujuan melengkapi bagi jangka panjang, muzium SAM di Bras Basah yang kini sedang menjalani kerja ubah elok bernilai $90 juta.



Ia diumumkan tahun lalu bahawa kerja binaan di bekas tapak Institusi St Joseph dan 8 Queen Street itu akan mengambil masa lebih lama daripada yang dijangka kerana isu pemuliharaan.



Penangguhan lebih lama itu bermakna proses pembangunan semula itu kini dijangka siap pada 2026.



Pengarah SAM Eugene Tan berkata: "Disebabkan Covid-19, kami sedang menyemak semula pelan tersebut. Tumpuan kami pada masa ini ialah memulihara monumen kebangsaan iaitu SJI serta bangunan Sekolah Tinggi Katolik."



Meski enggan mendedahkan bajet bagi bagi pembangunan baru di Tanjong Pagar Distripark itu, beliau berkata keputusan bagi peluasan itu sebenarnya bermula dari usaha mencari ruang seni alternatif semasa SJI diubah suai dan selanjutnya berubah apabila mereka menimbang semula masa depan muzium.



"Haluan strategik baru ini lahir dari mendalami semula pengertian menjadi muzium seni kontemporari pada masa ini," kata Dr Tan lagi.



Menurutnya, muzium itu kini mempunyai matlamat sebagai institusi yang mahu berada di belakang tabir.



Menjelaskan perkara ini, Dr Tan berkata peranan SAM ialah untuk melanjutkan pemahaman dan penghargaan terhadap seni.



Lantaran itu, SAM sebagai sebuah institusi tidak harus berada di hadapan tetapi sebaliknya seni dan kerja-kerja muzium tersebut yang harus ditampilkan.



Januari lalu, Majlis Seni Kebangsaan (NAC) mengumumkan pelan untuk membangunkan Distripark sebagai kelompok seni berbilang disiplin.



Menteri Budaya, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, berkata majlis itu akan mendekati masyarakat seni dalam usahakan pembangunan itu.



NAC akan memulakan siri program rintis, dengan yang pertama dijadualkan semasa ulang tahun ke-10 Minggu Seni Singapura tahun depan.



Seorang jurucakap NAC berkata:



"Kehadiran SAM akan menambah kerancakan pada ruang itu dan NAC akan terus bekerjasama rapat dengan SAM serta rakan kongsi lain untuk mempertingkat dan menyokong tawaran yang disediakan Tanjong Pagar Distripark terutama semasa musim (seni) seperti Minggu Seni Singapura."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >