Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AP MELAYU LAHIRKAN KEPRIHATINAN

Nadia prihatin masa depan belia belum dapat kerja sepenuh masa

Feb 25, 2021 | 05:30 AM



CIK Nadia Ahmad Samdin (GRC Ang Mo Kio) melahirkan keprihatinannya tentang masa depan lulusan muda yang belum mendapat pekerjaan sepenuh masa, meskipun mereka mungkin mempunyai peluang latihan buat sementara waktu.



Ada yang mungkin mengambil pekerjaan 'gig' dan 'terperangkap' dalam tugas yang tidak ingin dilakukan, katanya.



"Sedang latihan (yang mempunyai elaun) membantu lulusan mendapat pekerjaan pada jangka waktu singkat, saya harap kita mempertimbangkan situasi pekerjaan mereka setelah enam bulan - contohnya, isu pekerjaan yang tidak memenuhi potensi, akses kepada peluang pekerjaan setelah itu, atau pertumbuhan gaji setelah menerima elaun latihan," ujar Cik Nadia di Parlimen, semalam.



Dalam ucapannya lagi, beliau turut menyentuh tentang usaha untuk membangun masyarakat adil dan saksama yang memberi peluang kepada semua, termasuk peluang bagi golongan wanita Melayu.



"Hari ini, wanita Melayu mengisi ruang dalam tugas memperjuang pelbagai isu, perubatan, guaman, seni, isu persekitaran, sukan, penyelidikan dan banyak lagi.



"Kami akan terus maju, selagi wujud keadilan, dan kami diberi akses kepada peluang untuk berbuat demikian," kata Cik Nadia.



Namun, beliau akur tidak semua yang akan meraih peluang yang sama.



Beliau berharap usaha menerusi rangka M3 seperti Fitrah, Ciptasama dan bimbingan belia akan turut mendekati golongan yang rentan, seperti belia berisiko, serta pasangan dan anak pesalah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >